Seniman Bujang Lapok

Seniman Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
H. M. Rohaizad
Lakon layarH. M. Rohaizad
Cerita olehP. Ramlee
DibintangiP. Ramlee
Aziz Sattar
S. Shamsuddin
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehLee Thian Yak
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Malay Film Productions
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
6 Julai 1961
Masa tayangan
120 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu
BajetRM 3 juta
Pecah panggungRM 17.5 juta

Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961 arahan P. Ramlee.[1] Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P. Ramlee dan Saloma. Filem ini ialah filem keempat dalam siri "Bujang Lapok", tetapi merupakan filem terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai trio utama dalam filem. Walau bagaimanapun, filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu. Filem ini mengisahkan tentang trio Bujang Lapok bertanding dalam satu uji bakat lakonan dalam hasrat menjadi pelakon filem.

Ringkasan

Plot

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Hidup menganggur tanpa sebarang pekerjaan dan mata pencarian, suatu hari mereka mencuba nasib mereka sebagai pelakon filem.

Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.

Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan mengubah nasib mereka?

Cerita

Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kerenah tersendiri.

Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Mereka pun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Di sana Pengurus Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Pengarah Ahmad Nisfu untuk ujian skrin.

Sakit jiwa dan bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Pengarah apabila menjalankan proses ujian skrin. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio Bujang Lapok.

Namun begitu Pengurus amat berpuas hati walaupun Pengarah seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.

Ramli dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramli pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Ajis sedang giat menghafal dialog untuk esok.

Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.

Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Pengarah itu telah menyebabkan Pengarah sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramli cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.

Sedar akan saingannya yang hebat, Ramli berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.

Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramli.

Sebagai rakan sebilik Ramli, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Pengurus Kemat Hassan.

Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.

Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos. [1]

Barisan pelakon

Saloma berlakon sebagai Salmah di dalam filem ini.

Pelakon utama

  • P. Ramlee sebagai Ramli
  • Aziz Sattar sebagai Ajis
  • S. Shamsuddin sebagai Sudin
  • Saloma sebagai Salmah
  • Shariff Dol sebagai Seorang Samseng Di Kampung Dusun (antagonis utama).

Pelakon pembantu

Penampilan khas

  • H. M. Busra sebagai Jiran Main Trumpet, Kepada Ramli, Sudin dan Ajis
  • M. Rafiee sebagai Jiran Motorsikal Bising, Kepada Ramli, Sudin dan Ajis
  • Mariam Baharum sebagai Isteri M. Rafiee
  • Aini Jasmin sebagai Ibu Shariff Dol
  • Nyong Ismail sebagai Pelakon Malay Film Production
  • A. Rahim sebagai Pelakon Malay Film Production
  • Ali Fiji sebagai Pelakon Malay Film Production
  • Mustarjo sebagai Pelakon Malay Film Production
  • S. Kadarisman sebagai Pelakon Malay Film Production
  • Hashimah Yon sebagai Pelakon Malay Film Production
  • S. Sudarmaji sebagai Penolong Pengarah Malay Film Production
  • Ahmad C sebagai Encik Ahmad
  • Pritam Singh sebagai Encik Singh
  • Leng Husin sebagai Apek Pemborong Barang-Barang Terpakai
  • Ahmad Mahmud sebagai Doktor
  • M. Zain sebagai Jiran India (Muthusamy), Kepada Ramli, Sudin dan Ajis
  • Zainon Fiji sebagai Aci, Isteri Jiran India
  • Kuswadinata sebagai Kus, Jiran Dua Isteri, Kepada Ramli, Sudin dan Ajis
  • Hartinah Zainuddin sebagai Tinah, Isteri Pertama Kus
  • K. Fatimah sebagai Fatimah, Isteri Kedua Kus
  • M. Babjan sebagai Penarik Beca
  • Dayang Sofia sebagai Dirinya Sendiri
  • Zaiton sebagai Dirinya Sendiri
  • Rahayu Sudarmaji sebagai Ayu 20 Sen

Pelakon tambahan

  • Ahmad Chetty sebagai Penjual Batu Cincin

Runut

  • "Menceceh Bujang Lapok" nyanyian Tan Sri P. Ramlee, S. Shamsuddin & Datuk Aziz Sattar
  • "Gelora" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
  • "Embun Menitik" nyanyian Puan Sri Saloma
  • "Senandung Kasih" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

Rujukan

  1. ^ Chew Tee Pao (Jan–Mac 2023). "Repairing and Restoring Singapore's Reel Heritage". BiblioAsia. Jil. 18 no. 4. National Library of Singapore. m/s. 4–11.CS1 maint: date format (link)
  • l
  • b
  • s
1940-an
1950-an
1960-an
1970-an