Bujang Lapok

Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisB. H. Chua
P. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehB. H. Chua
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
S. Shamsuddin
Aziz Sattar
SinematografiA. Bakar Ali
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Malay Film Productions
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 30 November 1957 (1957-11-30)
Masa tayangan
95 Minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu hitam putih yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957 yang diarahkan oleh P. Ramlee.

Sinopsis

Ramli (P. Ramlee), Aziz (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Sapiah yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Sapiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.

Pelakon

S. Shamsuddin melakonkan watak Sudin dalam filem ini.

Pelakon utama

  • P. Ramlee sebagai Ramlee
  • S. Shamsuddin sebagai Sudin
  • Aziz Sattar sebagai Ajis
  • Zaiton sebagai Zaiton
  • Dayang Sofia sebagai Sapiah
  • Normadiah sebagai 'Cik Normah

Turut dibintangi

Pelakon pembantu

  • M. Rafiee sebagai pelanggan restoran
  • Norsiah Yem sebagai pelanggan restoran
  • Rokiah sebagai pelanggan restoran
  • Habibah Haron sebagai adik Rokiah
  • Nyong Ismail sebagai Pak Nyong (jiran)
  • Minah Yem sebagai jiran
  • Prani Pramote sebagai pelanggan restoran (mata air pertama Ramlee)
  • Cik Kamariah sebagai mak cik

Pelakon tambahan

  • Mahmud Hitam sebagai penduduk kampung

Penampilan kameo

Penerbitan

Bujang Lapok merupakan filem P. Ramlee pertama dengan genre komedi. Beliau memperoleh inspirasi untuk membikin filem ini daripada barisan pelawak Barat seperti The Three Stooges, Laurel and Hardy dan Charlie Chaplin. Dengan itu, beliau memperoleh karya saduran filem Cina daripada B. H. Chua untuk filem Bujang Lapok. Menuruti The Three Stooges, trio Bujang Lapok serta pelakon utama lain menggunakan nama sebenar mereka dalam filem.

Runut

  • Resam Dunia nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan Normadiah
  • Nak Dara Rindu nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Manusia nyanyian Jasni dan Nen Junainah
  • Kampung Nelayan nyanyian Nona Asiah
  • Seloka Ahmad Nisfu nyanyian J. Sham

Penerimaan

Filem ini menerima penerimaan yang baik, dan dengan itu, filem ini kemudiannya disambungkan dengan beberapa sekuel dalam satu siri filem.

Lihat juga

  • Ali Baba Bujang Lapok
  • Pendekar Bujang Lapok
  • Seniman Bujang Lapok

Rujukan

Bibliografi

  • Razali, Hidir Ali (2024). "Bermula Sebuah Komedi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 109–112. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
1940-an
1950-an
1960-an
1970-an