Zubir Ali
- Harmoni
- Afdlin Shauki
- Amir Yussof
- Sheila Majid
- Zainalabidin
- Azman Warren
Zubir Ali (18 Oktober 1949 – 6 Mac 2009) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas vokalis kumpulan Harmoni yang terkenal dengan lagu hit mereka, "Penantian".
Kehidupan awal
Zabir Ali dilahirkan pada 18 Oktober 1949 di Alor Setar sebagai anak bongsu dalam kalangan 12 adik-beradik. Beliau pernah menjadi tukang azan di sebuah surau yang mana imamnya ialah bapa beliau sendiri. Beliau memasuki kelas peralihan di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1962.[1]
Kematian
Pada 27 Februari 2009, Zubir Ali dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor bagi menjalani pembedahan pintasan jantung. Kira-kira seminggu kemudian pada 5 Mac, beliau mula berasa sakit lalu menghadapi tekanan darah yang rendah di keesokan harinya pada jam 6 pagi. Beliau meninggal dunia pada jam 10.30 pagi hari yang sama kerana kerumitan jantung. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya (Masjid Tun Abdul Aziz) lalu disembahyangi selepas solat Jumaat. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.[2]
Diskografi
Album studio
- Penantian
Album kompilasi
- Ikhlas (1991)
Rujukan
Buku
- Rahimidin Zahari; Shamsudin Othman, penyunting (2012). Pengakuan Penyair. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. ISBN 978-983-068-880-0. OCLC 794272440.
Pautan luar
- l
- b
- s
Rencana biografi berkaitan orang Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s