Zaitoon Othman

Datin Paduka Zaitoon Othman merupakan hakim wanita kelahiran Malaysia.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia bagi membela nasib, perkhidmatan dan perjuangan para peguam Muslim. Contohnya bank-bank terkemuka meletakkan syarat pembabitan peguam Bumiputera dalam firma guaman yang menjalankan perkhidmatan dengan mereka.[1] Kemudian beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

Selepas bersara Zaitoon menjadi anggota Suhakam dan dilantik menjadi pesuruhjaya Suhakam sehingga April 2010 mengikut peruntukan subseksyen 5 (1) Akta Suhakam 1999.[2]

Rujukan

  1. ^ Majlis Peguam tak patut persoal syarat baru bank, Badan Peguam Malaysia
  2. ^ 16 Pesuruhjaya Suhakam dilantik semula, Utusan Malaysia