Zaharie Ahmad Shah

Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014. Beliau dibantu oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. Sehingga kini pesawat MH370 masih misteri kerana gagal ditemui walaupun pasukan mencari dari 26 negara turut serta menjejak MH370 di Lautan Hindi, Laut China Selatan, Selat Melaka dan lain-lain lokasi.

Zaharie Ahmad Shah
Kelahiran(1961-07-31)31 Julai 1961
Pulau Pinang, Malaysia
Hilang pada8 Mac 2014; 10 tahun yang lalu (2014-03-08)
StatusHilang selama 10 tahun, 6 bulan dan 1 hari
PasanganFaizah Khanum Mustafa Khan
Anak-anak2

Zaharie yang dilahirkan pada 31 Julai 1961 dan berasal dari Pulau Pinang. Namanya turut terpalit kerana kemungkinan beliau sendiri merancang kehilangan pesawat itu. Di rumahnya ada model pemanduan kapal terbang kerana beliau sangat meminati dunia penerbangan. Semua miliknya itu dibawa untuk dikaji, malangnya semua data telah dipadamkan.

Beberapa pihak mendesak agar mendedahkan transkrip penuh perbualan terakhir antara juruterbang, Kapten Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dengan menara kawalan.[1]

Rujukan

  1. ^ "Masa semakin suntuk cari MH370". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-07-20.