Ulsan
Ulsan (Bumi)
sunting
Ulsan atau nama rasminya Bandaraya Metropolitan Ulsan merupakan metropolis ke-7 terbesar di Korea Selatan dengan populasi seramai 1.1 juta orang. Ia terletak di tenggara negara serta berjiran dengan Busan di selatan dan Gyeongju di utara.
Ulsan adalah pusat perindustrian utama di Korea Selatan. Ia berada di tengah-tengah Daerah Perindustrian Ulsan yang menempatkan kilang pemasangan automobil terbesar dunia yang dikendalikan oleh Hyundai Motor Company, limbungan terbesar dunia yang diuruskan oleh Hyundai Heavy Industries dan kilang penapisan minyak yang dimiliki oleh SK Energy. Pada tahun 2008, Ulsan mempunyai KDNK per kapita sebanyak $63,817, iaitu yang tertinggi dalam negara.
Bandar kembar
- Hagi, Jepun (1968)
- Hualien, Taiwan (1981)
- Portland, Amerika Syarikat (1987)
- Changchun, China (1994)
- İzmir, Turki (2002)
- Santos, Brazil (2002)
- Khanh Hoa, Vietnam (2002)
- Tomsk, Rusia (2003)
- Kumamoto, Jepun (2010)
Rujukan
- ^ 울산소개-행정구역도
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi (Inggeris) (Korea) (Jepun) (Cina)