UiTM Cawangan Pulau Pinang
- Permatang Pauh
- Bertam
UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua kampus UiTM di Pulau Pinang iaitu Permatang Pauh (utama) dan Bertam.
Penubuhan
Kampus Permatang Pauh ditubuhkan pada 1996, manakala Kampus Bertam ditubuhkan pada 2011.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang[1]
Sejarah Penubuhan Perpustakaan
PTAR UiTM Pulau Pinang *ڤتار* *اويتم* ڤولاو ڤينڠ | |
Moto | Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa ڤمبوداياءن علمو ممبنتوق اديوڠسا |
---|---|
Jenis | Perpustakaan Akademik |
Ditubuhkan pada | 16 Jun 1996 |
Institusi induk | Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang |
Staf pentadbiran | 23 orang |
Alamat | Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 13500 , Permatang Pauh , Pulau Pinang , Malaysia |
Laman sesawang | penang |
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir (1996 - 2003)
Pada 16 Jun 1996 merupakan tarikh yang bersejarah bagi penubuhan perpustakaan Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Pulau Pinang yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang. Perpustakaan ini awalnya hanya bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir sebagai tempat sementara sebelum Kampus Permatang Pauh siap dibina sepenuhnya.
Kompleks Perdana UiTM Permatang Pauh (2003 - 2011)
Sekitar tahun 2003, perpustakaan UiTM cawangan Pulau Pinang telah berpindah dari Sekolah Menengah Permatang Pasir, Pulau Pinang ke bangunan Kompleks Perdana di Universiti Teknologi Mara kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang. Perpustakaan ketika waktu ini menjadi tempat utama bagi pelajar-pelajar untuk mencari maklumat, menyiapakan tugasan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak PTAR (2011- Kini)
Setelah pembinaan bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak disiap pada tahun 2011, semua pengoperasian telah dipindah dari bangunan yang lama (Kompleks Perdana) ke tempat yang baharu iaitu bangunan ini. Bangunan ini mempunyai 3 tingkat keseluruhanya. Setiap aras bangunan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza. Aras 1 menempatkan satu ruangan yang khas yang dinamakan Ruang Library Community Engagement (LCE). Tujuan utama ruang khas ini adalah .sebagai tempat ataupun medium bagi komuniti-komuniti di dalam UiTM ataupun di luar untuk menganjurkan program-program.
Carta Alir Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Pulau Pinang
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Perpustakaan (Haji Ahmad Faizar Jaafar), berserta empat pustakawan kanan, Cik Nor Azilawati Mohammad Azmi, Puan Farleen Azrina Binti Zamberi, Encik Nurulizwan Bin Amir dan Puan Nurhayati Hassan (Kampus Bertam). Selebihnya dibantu oleh staf-staf pembantu pustakawan yang terdiri daripada 23 orang.
Direktori Staf Perpustakan Tun Abdul Razak Cawangan Pulau Pinang[1]
Nama | Ketua PTJ |
---|---|
KAMPUS PERMATANG PAUH | |
UNIT PERANCANGAN STRATEGIK KUALITI & PENTADBIRAN ORGANISASI | |
AHMAD FAIZAR BIN JAAFAR | Ketua Bahagian |
ANITA YUSUF | Staf |
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN | |
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN | |
NOR AZILAWATI MOHAMAD AZMI | Ketua Unit |
SYARIFULANUAR MAT ISA | Staf |
MOHD SAIFUL EFFENDY MOHD SHUKRI | Staf |
MOHD SHAFARIN SAAD | Staf |
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT | |
RAFIDAH MUHAMAD SAM | Staf |
UNIT SOKONGAN PENYELIDIKAN | |
NURULIZWAN BIN AMIR | Ketua Unit |
MOHD IRWAN ISMAIL | Staf |
MUHAMAD ISMAIL MOHD ALI | Staf |
SHARIFAH NOOR HAMIDAH SYED AHMAD | Staf |
PERPUSTAKAAN DIGITAL | |
UNIT SISTEM MAKLUMAT | |
MUHAMAD NASRUL HUSSAIN | Staf |
HAIRUZWAN HARUN | Staf |
PERANCANGAN & PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN | |
FARLEEN AZRINA BINTI ZAMBERI | Ketua Unit |
UNIT JOURNAL & E-BOOK | |
NOOR SAPIZA TAJUDDIN | Staf |
UNIT BAHAN BERCETAK | |
AZLAN AHMAD AZIZ | Staf |
HASLINA HAMID | Staf |
UMI MOHD NOR | Staf |
NUR AZRIENA YUSUF | Staf |
NOR HISHAM SHAFIEE | Staf |
ARKIB | |
UNIT REKOD UNIVERSITI | |
ZURIADA BASIR | Staf |
UNIT PEMULIHARAAN BAHAN | |
MOHD ROSLAN ROSLI | Staf |
MUHAMMAD BUKHARIE HAMZAH | Staf |
Fasiliti-Fasiliti Perpustakaan
- Ruang Library Community Engagement Space (LCE)
- Ruangan Santai
- Ruangan Membaca
- Bilik Diskusi Arif
- Bilik Diskusi Nur
- Bilik Diskusi Raudah
- Makmal Komputer
- Bilik Membaca 16 Jam
Koleksi Gambar Perpustakaan Kompleks Perdana
Rujukan
- l
- b
- s
- ^ a b "Home". UiTM Penang Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-04.