Turkish Stars
Turkish Stars Pasukan aerobatik Tentera Udara Turki | |
---|---|
Aktif | 7 November, 1992 |
Negara | Turki |
Cawangan | Tentera Udara Turki |
Peranan | Pasukan demonstrasi aerobatik |
Saiz | 10 juruterbang, 7 hubungan awam, 11 anggota penyelenggaraan |
Pangkalan | Pangkalan Udara Konya |
Moto | A perfect harmony of skill, speed and discipline... |
Warna | Merah, Putih |
Pesawat terbang | |
Pejuang | 10 NF-5A Freedom Fighter 2 NF-5B Freedom Fighter |
Pengangkut | 1 C-130 1 C-160 1 CN-235 |
Turkish Stars (Turki: Türk Yıldızlarıcode: tr is deprecated ) adalah sebuah pasukan demonstrasi aerobatik milik Tentera Udara Turki. Ia telah ditubuhkan pada 7 November, 1992 dan telah dinamakan sebagai Turkish Stars pada 11 Januari, 1993.[1]
Turkish Stars menggunakan lapan buah pesawat pejuang Canadair NF-5 yang dibeli daripada Tentera Udara Diraja Belanda,[2] menjadikan pasukan ia satu-satunya pasukan aerobatik yang menggunakan lapan buah pesawat supersonik. Keseluruhannya terdapat 12 buah pesawat NF-5. Pasukan ini juga menggunakan pesawat sokongan CN-235, C-130 dan C-160 yang diwarnakan mengikut warna Turkish Stars. Pasukan ini berpangkalan di Pangkalan Udara Konya.
Pada 24 Ogos, 2001, Turkish Stars telah melakukan demonstrasi di sebuah pertunjukkan udara yang melebihi sejuta penonton di Baku, Azerbaijan; yang mana menjadikan ia sebagai rekod dunia.[3]
LIhat juga
- Tentera Udara Turki
Rujukan
Pautan luar
- Turkish Stars website
- Virtual Turkish Stars website
Templat:Modern aerobatic teams