Terier Wales

Terier Wales
Nama ringkasWelshie
WT
Negara asalWales
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Wales[a] berasal dari Wales dan pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan rubah, rodensia, dan bejar;[1] namun semasa pada abad lepas, ia terutamanya telah dibiakbakakan untuk pertunjukan. Sungguhpun begitu, ia telah mengekalkan kekuatan ciri terier. Terier Wales telah didakwa sebagai baka anjing terlama yang wujud di United Kingdom.[2]

Terier Wales merupakan pendatang lewat ke dalam gelanggang pertunjukan British (kerana terutamanya digunakan sebagai anjing pekerja) dan tidak didaftarkan secara rasmi sebagai baka sehingga abad ke-19. Ia berada dalam senarai baka yang rentan pupus oleh The Kennel Club, dengan hanya sesedikit kira-kira 300 ekor anak anjing yang didaftarkan pada setiap tahun. Baka-baka paling popular didaftarkan dengan angka berpuluh-puluh ribu pada setiap tahun.[perlu rujukan]

Perihal

Penampilan

Terier Wales di Tallinn

Terier Wales berwarna sawo matang pada kepala, tungkai, dan bawah perut dengan pelana hitam atau kadang-kadang grizzle. Betina kadang-kadang berwarna sawo matang gelap sederhana menyeluruh. Baka ini ialah anjing tegap dan padat yang bersaiz sederhana dan dapat membesar sehingga setinggi 15.5 in (39 cm)[3] dengan berat 20–22 paun (9.1–10.0 kg). Ekornya biasanya terpotong sehingga ini dilarang di United Kingdom pada tahun 2006, yang lebih diutamakan untuk melengkapkan imej anjing segi empat sama, setinggi dengan panjang. Rupa bentuk tubuh ialah segi empat tepat, dengan muka memanjang "mirip bata". Rupa bentuk ini dibentuk oleh misai dan janggut.[4] Dengan pedigri, muka dapat memilik rupa bentuk lebih bujur dan bertulang lebih halus dan lebih tersendiri. Bulunya mengandungi dua lapis, lapis bulu bawah yang menebat dan bulu melelas di bahagian atas yang melindungi anjing daripada kotoran, hujan, dan angin.[5] Terier Wales lahir dengan warna kebanyakannya hitam dan, semasa tahun pertama, ia bertukar warna kepada grizzle hitam dan sawo matang piawai.

Baka ini tidak bersalin bulu.[6] Walau bagaimanapun, lapis bulunya memerlukan penyelenggaraan dandanan kerap termasuk pemberusan dan pelucutan tangan.

Ekor tidak terpotong pada terier Wales hanya lebih panjang sebanyak satu inci atau lebih berbanding dengan ekor terpotong dan tidak memberikan banyak perbezaan kepada penampilan keseluruhan. Lapis bulunya tidak gugur tetapi bulu lama akhirnya akan dilucutkan melalui permainan dan pergerakan jika lapis bulunya tidak kerap disisir. Lapis bulu tidak terdandan juga dapat memudar dan menipis kerana bulu lama kehilangan warna dan tekstur.

Terier Wales hampir menyerupai terier Airedale padat.[perlu rujukan]

Perangai

Terier Wales yang berehat
Terier Wales pemenang dalam pertunjukan anjing

Terier Wales mempunyai perangai tipikal terier. Dengan pengendalian betul, ia merupakan anjing gembira, bersemangat, dan jarang malu atau takut, tetapi kadang-kadang dapat menunjukkan kerenah.[perlu rujukan] Terier Wales pada umumnya ramah dengan orang dan anjing tetapi apabila cabaran ditanggap, ia tidak berundur. Anjing baka ini dapat menjadi kawan setia dan dapat berfungsi sama ada sebagai anjing bandar atau sebagai anjing desa.

Terier Wales dikembangkan untuk berburu secara berdikari dan ini memerlukannya untuk menjadi anjing sangat tegas dan tabah. Hasilnya, pembentukan kepatuhan pada terier Wales ialah cadangan jangka panjang dan perlu sentiasa ada usaha untuk pengukuhan pelatihan. Ia menduduki tempat ke-101 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing yang mempunyai kecerdasan kerja/kepatuhan purata. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa terier Wales gagal untuk mempelajari atau memahami arahan, hanya bahawa ia cenderung untuk membuat keputusan sendiri; oleh itu, terdapat keperluan pengukuhan malar. Apabila bertindak sendiri, ia agak kreatif dan cepat dalam membuat keputusan. Ia juga mempunyai potensi untuk menyalak secara berlebihan. Seperti baka terier lain, terier Wales gemar menggali.[perlu rujukan]

Terier Wales penuh dengan tenaga dan memerlukan senaman kerap. Larian mengelilingi halaman pada waktu siang tidak mencukupi. Ia menjadi teruja, dan jika bosan, ia mungkin meneroka dan berpotensi untuk menyebabkan kekacauan dan kerosakan. Terier Wales memerlukan cabaran untuk mengekalkannya terhibur. Contohnya, ia suka mengejar mainan dan suka berenang (contoh baik ialah aktiviti tasik bersama dengan keluarga).[perlu rujukan]

Terier Wales bergaul mesra dengan kanak-kanak; ia suka bermain dan mengikuti kanak-kanak semasa bermain, walau bagaimanapun, dan ia kerap menarik seluar dan mampu menjatuhkan anak-anak kecil ke tanah. Jika ia berada di sekeliling kanak-kanak kecil pada usia awal, ia akan mudah belajar untuk bermain dengan lebih lembut.[perlu rujukan]

Seperti semua baka, ada kepentingan untuk mensosialisasi terier Wales seawal yang mungkin terhadap pelbagai jenis anjing, orang, dan pengalaman.[perlu rujukan]

Kesihatan

Tubuh terier Wales adalah normal dan sihat supaya susuk tubuhnya tahan lama dan berkekalan. Sesetengah kajian telah mencadangkan kecenderungan genetik terhadap kehelan kanta primer yang mengakibatkan glaukoma sekunder.[7] Onikodistrofi, iaitu gangguan pertumbuhan kuku yang menyebabkan kuku menjadi lemah dan rapuh, adalah agak lazim pada baka ini.[8][sumber terbitan sendiri][9]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر ويل‌سcode: ms is deprecated ; Wales: daeargi Cymreigcode: cy is deprecated ; bahasa Inggeris: Welsh terriercode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "NZKC - Breed Standard - Welsh Terrier" [NZKC - Piawaian Baka - Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Calder, Julian dan Bruce, Alastair. "The Oldest – in celebration of Britain's living history" (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "CKC Breed Standards: Welsh Terrier" [Piawaian Baka CKC: Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  4. ^ "AKC MEET THE BREEDS: Welsh Terrier" [KENALI BAKA AKC: Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  5. ^ "Welsh Terrier: Dog Breed Selector" [Terier Wales: Pemilih Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). animal.discovery.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  6. ^ "Dogs That Do Not Shed" [Anjing yang Tidak Menggugurkan Bulu]. gopetsamerica.com (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Canine Glaucoma and Lens Luxation Research" [Penyelidikan Glaukoma dan Kehelan Kanta Anjing]. caninegeneticdiseases.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2008.
  8. ^ Clark, Ross (2015). Medical, Genetic & Behavioral Risk Factors of Welsh Terriers [Faktor Risiko Perubatan, Genetik, dan Tingkah Laku Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). Xlibris.
  9. ^ Alex, Gough (2010). Breed predispositions to disease in dogs and cats [Predisposisi baka terhadap penyakit pada anjing dan kucing] (dalam bahasa Inggeris). Thomas, Alison, 1964- (ed. ke-2). Chichester, West Sussex, United Kingdom: Wiley-Blackwell. ISBN 9781405180788. OCLC 467711662.

Pautan luar

  • Terier Wales di Curlie
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah

Templat:Baka haiwan Wales