Tentera Laut Kuwait

Tentera Laut Kuwait
القوة البحرية الكويتية
Ditubuhkan pada1961; 63 tahun yang lalu (1961)
Negara Kuwait
CawanganAngkatan Tentera Kuwait
JenisTentera laut
Saiz4,000 anggota
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Kuwait
PangkalanPangkalan Tentera Laut Kuwait Mohammed Al-Ahmad
Nama samaranHis Highness Sea Vanguard
Motoلله والوطن والامير Allah, Negara & Emir
WarnaHijau & Merah
PeringatanHari Kemerdekaan dan Pembebasan (25 dan 26 Februari)
Pertempuran
  • Perang Iran–Iraq
  • Serangan ke atas Kuwait
  • Operasi Desert Storm
  • Perang menentang keganasan
    • Perang Iraq
Komander
KomanderBrig. Jeneral Hazza Mutlaq Alalati

Tentera Laut Kuwait (Arabic: القوة البحرية الكويتية romanized: Al-Quwwat Al-Bahriyah Al-Kuwaitiyah), adalah komponen tentera laut dalam Angkatan Tentera Kuwait. Ibu pejabat dan satu-satu pangkalan tentera lautnya adalah Pangkalan Tentera Laut Kuwait Mohammed Al-Ahmad. Ia megandungi lebih daripada 2,200 pegawai dan lain-lain pangkat tidak termasuk 500 orang anggota pengawal pantai. Pengawal Pantai terletak di bawah Direktorat Keselamatan Sempadan dalam Kementerian Dalam Negeri Kuwait.[1][2]

Lancang serang laju peluru berpandu kelas Um Al Maradim La Combattante Al Fahaheel (P3721) pada Mei 2013
Ketua Komander Tempur, Tentera Laut Kuwait Mejar Jeneral Al-Mulla melakukan pemeriksaan barisan semasa istiadat selamat datang di Limbungan Tentera Laut A.S pada 15 Februari, 2005

Sejarah

Tentera Laut Kuwait telah ditubuhkan pada tahun 1961[3] tidak lama selepas Britain menamatkan status perlindungan negara ini selepas Operasi Vantage.

Semasa serangan ke atas Kuwait dan Operasi Desert Storm, Tentera Laut Kuwait hampir musnah sepenuhnya.[4][5] Pada permulaan serangan, Tentera Laut Iraq telah menawan dan menenggelamkan lima buah lancang serang laju peluru berpandu kelas TNC-45 Lürssen dan sebuah lancang serang laju peluru berpandu kelas FPB-57 Lürssen milik Kuwait.[6] Tentera Laut Kuwait juga kehilangan 20 buah kapal-kapal lain kepada Iraq semasa perang.[7]

Pada 11 November 2008, Pangkalan Tentera Laut Kuwait terletak di lokasi di mana perjanjian bersejarah ditandatangani iaitu Protokol Khawr Abd Allah atau juga dikenali sebagai Protokol KAA. Protokol KAA antara Tentera Laut Kuwait dan Tentera Laut Iraq merupakan perjanjian ketenteraan bilateral maritim pertama dan berjaya dalam mengkoordinasi dan menyah konflik penggunaan laluan air Khawr Abd Allah sejak sebelum permulaan Perang Teluk Parsi 1991. Protokol ini dibangunkan dan dianjurkan oleh Mejar David Hammond RM, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Britain pada tahun 2008 dan ia kemudian diratifikasikan oleh kedua-dua pihak kerajaan Kuwait dan Iraq sebelum majlis tandatangan pada 11 November 2008. Ia kemudian dilaporkan kepada Kongres A.S pada bulan Disember 2008 dalam laporan dan teks berkenaan 'Measuring Stability and Security in Iraq' yang mana terdedah kepada akses awam berikutan kebocoran nota-nota diplomatik A.S.[8]

Struktur dan organisasi

  • Kapal perang Tentera Laut Kuwait
  • Kor Marin Kuwait
  • Unit Komando Marin Kuwait

Sebahagian daripada armada terkini

Senarai Bot Peronda Laju Peluru Berpandu

Kelas Jumlah Nota
Istiqlal (Jerman FPB-57) 1 410 tan muatan penuh – 4 MM-40 SSM – ditauliahkan pada1983
Al Sanbouk (Jerman TNC-45) 1 255 tan muatan penuh – 4 MM-40 SSM – ditauliahkan pada 1984
Um Al Maradim (Combattante P37-BRL) 8 245 tan muatan penuh – 4 Sea Skua SSM – ditauliahkan pada 1998–2000

Senarai kapal tempur rondaan

Kelas Jumlah Nota
Intisar (Australian OPV-310) 4
Al-Shaheed (FPB 100K) 3
Subahi (FPB 115) 10
Kassir Inshore Patrol Craft 3
Victory Team (P-46) 16
Inshore Patrol Crafts 50
Mark V Special Operations Craft 10

Senarai kapal amfibia dan lancang pendaratan

Kelas Jumlah Nota
Al-Tahaddy LCU 2
Safar (Loadmaster) LCU 1
LCU (ST Marine) 1
Saffar (L 6401) 2 64m lancang pendaratan dibina oleh ADSB di UAE
Sabhan (L 4201) 1 42m lancang pendaratan dibina oleh ADSB di UAE
Sea Keeper 5 16m lancang pendaratan laju dibina oleh ADSB di UAE
Air-cushioned landing craft 2

Senarai kapal bekalan

Kelas Jumlah Nota
Sawahil (Kapal Sokongan Dorrar) 1
Nautilus (Swiftship 176) SDV 2

Kapal-kapal akan datang

  • 1 DSV (Kapal Sokongan Penyelaman)

Lancang pendaratan, satu program perolehan untuk Tentera Laut Kuwait telah memasukkan perolehan dua buah lancang pendaratan sepanjang 64 m, sebuah lancang pendaratan sepanjang 42 m dan lima buah lancang pendaratan komposit sepanjang 16 m; kesemuanya akan dibina oleh ADSB di kawasan industri Mussafah (UAE). Di mana kesemuanya telah diserahkan kecuali sebuah lancang pendaratan 64 m yang diserahkan pada tahun 2017.[9]

Lihat juga

  • Panglima Angkatan Tentera Kuwait
  • Kementerian Pertahanan Kuwait
  • Pangkat ketenteraan di Kuwait

Nota

  1. ^ http://www.moi.gov.kw/kcg/ Official Website Sector of the General Department of the Coast Guard, Kuwait Ministry of Interior, (in Arabic)
  2. ^ Naval forces: over 2,200 people (excluding 500 in coastguard)
  3. ^ "Kuwait – Regional and National Security Considerations". Country Studies. Dicapai pada 17 November 2010.
  4. ^ "Anniversary of Iraqi invasion finds Kuwait free, its neighbor 'contained'". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2007.
  5. ^ "Kuwait Navy". List of Ships in Kuwait Naval Force History
  6. ^ "Saddam's Navy". Globalsecurity.org. Dicapai pada 17 November 2010.
  7. ^ "Kuwait Navy".List of Ships in Kuwait Naval Force History
  8. ^ "09KUWAIT465: PROTOCOLS ASSIST IRAQI AND KUWAITI NAVIES IN". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2015. Dicapai pada 3 March 2016.
  9. ^ "IHS Events, Webinars, Training and User Groups".

Rujukan

  • Article on Kuwaiti Military
  • Globalsecurity.org report on the Iraqi navy
  • Ships of the Kuwait Navy, past and present
  • Um Al Marradim Class description
  • Summary of Kuwait military power
  • Measuring Stability and Security in Iraq

Pautan luar

  • UNIKOM
  • Kuwait Navy buys gun system from Rheinmetall
  • [1]
  • l
  • b
  • s
Rencana Kuwait 
Sejarah
  • Pertempuran Chains
  • Sheikhdom
  • Perang Kuwait-Najd
  • Perang Teluk
  • Garis masa Kuwait City
Geografi
  • Sempadan
  • Geologi
  • Pulau
  • Sungai
  • Hidupan liar
Politik
  • Divisyen pentadbiran
  • Kabinet
  • Perlembagaan
  • Putera Mahkota
  • Emir
  • Pilihanraya
  • Hubungan luar negara
  • Kerajaan
    • Perdana Menteri
  • Hak asasi manusia
    • Hak-hak LGBT
    • Hak-hak Wanita
  • Perundangan
  • Ketenteraan
  • Parti politik
  • Polisi visa
Ekonomi
  • Bank di Kuwait
  • Bank Pusat
  • Dinar (matawang)
  • Kesihatan
  • Bursa saham
  • Telekomunikasi
  • Pengangkutan
Budaya
  • Muzium
  • Seni
  • Muzik
  • Kuwait National Cultural District
  • Wayang
  • TV Kuwait
  • Masakan
  • Demografi
  • Pendidikan
  • Bahasa
  • Cuti umum
  • Agama
  • Sukan
  • Kategori
  • Portal
  • l
  • b
  • s
Tentera Laut Asia
Negara berdaulat
  • Afghanistan
  • Arab Saudi
  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Bhutan
  • Brunei
  • China
  • Cyprus
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Filipina
  • Georgia
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Israel
  • Jepun
  • Jordan
  • Kazakhstan
  • Kemboja
  • Korea Utara
  • Korea Selatan
  • Kuwait
  • Kyrgyzstan
  • Laos
  • Lubnan
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mesir
  • Mongolia
  • Myanmar
  • Nepal
  • Oman
  • Pakistan
  • Qatar
  • Rusia
  • Singapura
  • Sri Lanka
  • Syria
  • Tajikistan
  • Thailand
  • Timor Leste
  • Turki
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Vietnam
  • Yaman
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
  • Abkhazia
  • Nagorno-Karabakh
  • Republik Turki Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Palestin
  • Taiwan
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain
  • Wilayah Lautan Hindi British
  • Pulau Krismas
  • Kepulauan Cocos (Keeling)
  • Hong Kong
  • Makau