Tawfiq Abu Bakar Titingan
Tawfiq Abu Bakar Titingan ialah seorang Ahli Politik bagi negeri Sabah, Malaysia.
Yang Berbahagia Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan | |
---|---|
Menteri Belia dan Sukan Sabah | |
Dalam jawatan 10 Mei 2013 – 14 Mac 2018 | |
Raja | Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Didahului oleh | Peter Pang En Yin |
Digantikan oleh | Frankie Poon Ming Berkidmat dari 2018 - 2019 Fung Phoong Jin Zhe Berkidmat dari 2019 - 2020 |
Pembantu Menteri Kewangan Sabah | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 3 April 2013 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Didahului oleh | Sapawi Ahmad |
Digantikan oleh | Ramlee Marahaban Pembantu Menteri Kewangan Sabah 1 Michael Asang Pembantu Menteri Kewangan Sabah 2 |
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 13 Februari 2008 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Digantikan oleh | Sairin Karno |
Ketua Pemuda UMNO Sabah | |
Dalam jawatan 2000–2003 | |
Raja | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam |
Ketua UMNO Bahagian Tawau | |
Dalam jawatan 2004 – 14 Mac 2018 | |
Raja | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Digantikan oleh | Nizam Abu Bakar Titingan |
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau | |
Dalam jawatan 1999–2003 | |
Raja | Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam |
Didahului oleh | Abdul Muis Picho |
Digantikan oleh | Nizam Abu Bakar Titingan |
Naib Pemuda UMNO Bahagian Tawau | |
Dalam jawatan 1996–1999 | |
Raja | Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Said Tun Said Keruak |
Didahului oleh | Abdul Muis Picho |
Dewan Undangan Negeri Sabah Apas | |
Dalam jawatan 21 March 2004 – 14 Mac 2018 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Digantikan oleh | Nizam Abu Bakar Titingan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tawfiq Abu Bakar Titingan (1962-10-12)12 Oktober 1962 Tawau, Sabah, Malaysia |
Meninggal dunia | 14 Mac 2018(2018-03-14) (umur 55) Hospital Prince Court, Kuala Lumpur |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Orang Islam Wilis, Jalan Utara |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO 1995 - 2018 |
Pasangan | Datin Sharifah Rahmah Syed Ali |
Anak-anak | 7 |
Ibu | Datin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman |
Bapa | Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan |
Hubungan | Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Adik) Datuk Ahmad Bahrom Abu Bakar Titingan (Abang) Datin Salwa Abu Bakar Titingan (Adik) |
Profesion | Ahli Politik & Jurutera |
Kehidupan Awal
Tawfiq Abu Bakar Titingan merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan[1] dan Allahyarhamah Datin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman[2].
Perkahwinan
Tawfiq Abu Bakar Titingan telah berkahwin dengan Datin Hajah Sharifah Rahmah Syed Ali. Mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Serta lima orang cucu[3] [4].
Pendidikan
Tawfiq Abu Bakar Titingan melanjutkan Pengajian di University Of South Wales, England Barrister dalam bidang Kejuruteraan. Beliau memiliki Ijazah Kejuruteraan Kimia. Selepas beliau menamatkan pengajian, Beliau kemudianya bertugas sebagai jurutera di Syarikat Konglomerat dan Jurutera di Sabah Gas Industri , Labuan serta pernah berkhidmat sebagai Jurutera Projek Sarawak Shell Berhad Miri, Sarawak[5].
Penglibatan Politik
Tawfiq Abu Bakar Titingan melibatkan diri dalam dunia politik sejak 1995. Di mana beliau telah menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO, Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah[6], Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau[7] dan Ketua UMNO Bahagian Tawau[8][9][10][11][12][13].
Kerjaya Politik
Tawfiq Abu Bakar Titingan pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bermula pada 27 Mac 2004 hingga 13 Februari 2008[14][15], Pembantu Menteri Kewangan Sabah bermula daripada 19 Mac 2008 hingga 3 April 2013[16][17][18][19] dan Menteri Belia dan Sukan Sabah bermula pada 10 Mei 2013 hingga 14 Mac 2018[20][21][22][23].
Kerja Korporat
Tawfiq Abu Bakar Titingan pernah menjawat Jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN)[24].
Penglibatan persatuan
Tawfiq Abu Bakar Titingan aktif dalam bidang kesukanan sejak memegang jawatan sebagai ;
- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)[25][26][27].
Meninggal Dunia
Tawfiq Abu Bakar Titingan telah mengempuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Pada 14 Mac 2018 dan jam 11.57 malam[28]. Allahyarham meninggal disebabkan Kanser Usus[29] Jenazah Allahyarham selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada 15 Mac 2018 dan jam 10.20 pagi dengan pesawat MAS MH2260. Kemudian Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Raya Tawau untuk disolatkan dan Allahyarham di kebumikan Tanah Perkuburan Orang Islam Wilis, Jalan Utara pada jam 2 petang[30] dimana Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman, Barisan Jemaah Menteri Negeri Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kerajaan | Undian | Pembangkang | Undian | Jumlah Undi | Majoriti | Jumlah Pengundi Berdaftar | Peratus Keluar Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Tawfiq Abu Bakar Titingan (UMNO) Menang Tanpa Bertanding | 11,686 | 11,686 | 100% | ||||||
2008 | Tawfiq Abu Bakar Titingan (UMNO) | 5,409 | Vun Kon Pau @ Hnery Vun (PKR) | 1,801 | 7,486 | 3,608 | 12,006 | 62.35% | ||
Ardi Arsah @ Samsi | 77 | |||||||||
2013 | Tawfiq Abu Bakar Titingan (UMNO) | 9,013 | Alizaman Jijurahman (PKR) | 2,891 | 12,479 | 6,122 | 15,837 | 78.80% | ||
Chok Yit Min (STAR) | 75 | |||||||||
Tahir Dahu(SAPP) | 149 |
Anugerah
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2003)[34].
Rujukan
- ^ "Tawfiq's sister dies of cancer". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Ibu Pembantu Menteri Kewangan Sabah Meninggal Dunia". www.mstar.com.my.
- ^ "Adun Apas Meninggal Dunia". www.m.malaysiakini.com.
- ^ "Sabah mourns Tawfiq's passing". www.theborneopost.com.
- ^ "Gone too soon, Tawfiq, a true statesman". www.nst.com.my.
- ^ "11 muka baru ketuai Pemuda Umno negeri (HL)" (PDF). lib.perdana.org.my.
- ^ "Pemilihan AMT Umno: Datuk Tawfiq Mahu Terus Menyumbang Kepada Parti". musramrakunman.blogspot.com.
- ^ "Lebih Ramai Anggota PKR Akan Sertai Umno". www.mstar.com.my.
- ^ "Lebih Ramai Anggota PKR Akan Sertai Umno". www.mstar.com.my.
- ^ "KEPUTUSAN PEMILIHAN KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO SELURUH SABAH 2013". kelapamawar.blogspot.com.
- ^ "Sabah kekal bersama Malaysia, tiada isu untuk berpisah - Musa Aman". www.bharian.com.my.
- ^ "UMNO Tawau Masih kukuh". www.pressreader.com.
- ^ "Sabah kekal bersama Malaysia, tiada isu untuk berpisah - Musa Aman". m.malaysiakini.com.
- ^ "Sabah Cabinet 2004". osabah.blogspot.com.
- ^ "Maktab Perguruan Tawau". www.etawau.com.
- ^ "Kabinet Negeri Sabah 2008". pru2013.blogspot.com.
- ^ "Jalan Tawau-Semporna-Kunak dibuka kembali". m.malaysiakini.com.
- ^ "Jangan Salah Guna Bantuan Kewangan Pelajar". www.theborneopost.com.
- ^ "Sabah bakal jadi terminal penyimpanan minyak terbesar". www.theborneopost.com.
- ^ "Kabinet Sabah Gabungkan Muka Lama, Baharu". www.mstar.com.my.
- ^ "Pelajar jangan terpengaruh gerakan ekstrim dan buang masa - Tawfiq". www.borneotoday.net.
- ^ "Pelajar disaran rebut peluang tingkat ilmu pengetahuan". www.theborneopost.com.
- ^ "Titik berat soal pendidikan anak - anak". www.pressreader.com.
- ^ "Kosan Catat Pendapatan RM18.5 Juta Tahun Lepas". www.mstar.com.my.
- ^ "Sabah Tagih Aksi Terbaik Perlawanan Awal Menentang KL Tawfiq Abu Bakar Titingan". www.mstar.com.my.
- ^ "Bekas Pemain Bola Sepak Sabah Ketuai Skuad Negeri". www.mstar.com.my.
- ^ "SAFA ikrar bantu TMJ". www.bharian.com.my.
- ^ "Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia". www.bharian.com.my.
- ^ "Pemergianya mengejutkan". www.pressreader.com.
- ^ "Jenazah allahyarham Tawfiq tiba di Tawau". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Tawfiq Abu Bakar Titingan". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Keputusan PRU Negeri Sabah". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Senarai Calon Bertanding PRU13". pakdin.my.
- ^ "Khalil heads Sabah awards list". www.thestar.com.my.