Tan Mohd Aminuddin Ishak

Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (1950-2012) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Pahang, mantan ADUN Chenor selama lima penggal (1990-2012) dan mantan Timbalan Menteri Besar Pahang. Di peringkat parti beliau ialah mantan Ketua UMNO Bahagian Maran.

Dato'

Tan Mohd Aminuddin Ishak
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
1999–2012
Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Chenor
Dalam jawatan
1990–2012
Didahului oleh Mahmud Mat Taib
Digantikan oleh Mohamed Arifin Awang Ismail
Butiran peribadi
Lahir1950
Chenor, Maran, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia19 Jun 2012
(64 tahun)
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Nooraihan Mohamad
Anak-anak2 orang

Meninggal dunia

Pada 18 jun 2012, Tan Aminuddin meninggal dunia pada usia 64 tahun di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Beliau dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun 2012 kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Jenazah dikebumikan di Kampung Machang Gelap, Seberang Chenor, Maran.


Keluarga

Isterinya Datin Nooraihan Mohamed dan mereka mempunyai dua orang anak. [1]

Rujukan

  1. ^ Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia