Susu beras
Susu beras | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | Susu tumbuhan, non-alcoholic beverage | ||||||
Tempat asal | China | ||||||
Bahan yang biasa digunakan | Beras, air | ||||||
Tenaga makanan (setiap 100 g hidangan) | 47 kcal (197 kJ) | ||||||
Nilai pemakanan (setiap 100 g hidangan) |
| ||||||
Indeks glisemia | 86 (tinggi) | ||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Air sari beras kebanyakannya diperbuat daripada beras dan biasanya tanpa gula. Manis banyak jenis sari beras dihasilkan oleh proses enzim semulajadi yang menghancurkan karbohidrat menjadi gula, terutama glukosa, mirip dengan amazake Jepun.[1] Sesetengah susu beras boleh dimaniskan dengan sirap tebu atau gula lain.
Perbandingan susu lembu
Berbanding dengan susu lembu, susu beras mengandungi lebih banyak karbohidrat, tetapi tidak mengandungi sejumlah besar kalsium atau protein, dan tidak ada kolesterol atau laktosa. Jenama komersial susu beras sering diperkaya dengan vitamin dan galian, termasuk kalsium, vitamin B12, vitamin B3, dan besi. Ia mempunyai indeks glisemia 86 ± 7 berbanding 37 ± 4 untuk susu skim dan 39 ± 3 untuk susu penuh.
Susu beras sering dimakan oleh orang yang intoleransi laktosa, alah kepada soya atau susu, atau mempunyai PKU. Ia juga digunakan sebagai pengganti tenusu oleh vegan.
Jenama komersil
Jenama komersial susu beras boleh didapati dalam perisa vanila, coklat, dan badam, serta bentuk asli yang tidak berperisa, dan boleh digunakan dalam banyak resipi sebagai alternatif kepada susu lembu tradisional.[2]
Penyediaan
Susu beras dibuat dengan menekan beras melalui pengisar menggunakan tapis untuk menyaring butiran yang ditekan. Ia kadang-kadang juga dibuat di rumah dengan menggunakan tepung beras dan protein beras perang, atau dengan mendidihkan beras perang dengan jumlah air yang besar, mengadun dan menapis campuran. Resipi boleh didapati di Internet.[3]
Lihat juga
- Senarai minuman beras
Rujukan
- ^ Robertson, Robin; Ryan, Nancy Ross (February 2000). "Got soy, almond, rice Milk?". Vegetarian Times (270): p78. Unknown parameter
|registration=
ignored (bantuan);|page=
has extra text (bantuan) - ^ Jolinda Hackett (2016-03-29). "What are some good vegan substitutes for milk?". About.com.
- ^ Karen Joy (2009-07-27). "Healthy, creamy, yummy rice milk recipe".
External links
Ketahui lebih lanjut tentang Susu beras di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Dairy-Free Diets di Curlie
- Multiple rice milk and horchata recipes
- D I Y Rice Milk
Templat:Rice drinks