Suku Fujiwara
Suku Fujiwara (藤原氏code: ja is deprecated , Fujiwara-uji, adakala dibaca sebagai 藤氏 Tōshi) merupakan keluarga bangsawan dan pemangku takhta maharaja Jepun. Ia hasil pencabangan suku Nakatomi melalui salah satu ahlinya Nakatomi no Kamatari yang diberikan gelaran "Fujiwara" oleh Maharaja Tenji sempena padang wisteria (藤 • ふじ fuji) di mana keluarga tersebut merancang pembunuhan seluruh ahli suku Soga; gelaran ini kemudiannya menjadi nama suatu wangsa yang tersendiri.[1]
Suku ini amat berkuasa dalam pengaruh politik Jepun pada zaman Heian di mana ia berhubung kuat dengan pemangku maharaja[2] melalui perkahwinan anak-anak perempuan dari Wangsa ini dengan maharaja lalu akan memperoleh pengaruh terhadap maharaja berikutnya yang akan dibesarkan dalam kerabat ibundanya dan berhutang setia kepada nendanya.[3]
Rujukan
Templat:Tunas-sejarah-Jepun