Studio Warisan Malaysia

Koordinat: 2°16′50.5″N 102°18′02.3″E / 2.280694°N 102.300639°E / 2.280694; 102.300639

Malaysia Heritage Studio
ستوديو واريثن مليسيا
Dahulunya dikenali sebagai Taman Mini Malaysia dan ASEAN
Map
Lokasi
  • Ayer Keroh, Melaka
  • Malaysia Sunting ini di Wikidata
Koordinat2°17′N 102°18′E Sunting ini di Wikidata
StatusBeroperasi
Dibuka17 Julai 1986
(Taman Mini Malaysia dan ASEAN)
5 Februari 2024
(Malaysia Heritage Studios)
Laman sesawang
Tapak web rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Studio Warisan Malaysia (nama rasmi: Malaysia Heritage Studios) ialah sebuah taman tema yang mempamerkan hasil seni berdasarkan kepada elemen-elemen warisan dan berkonsepkan pendidikan dalam memberi pendedahan terhadap budaya dan warisan yang terdapat di Malaysia. Taman ini terletak di Ayer Keroh dalam negeri Melaka di mana ianya bertempat kira-kira satu kilometer dari Plaza Tol PLUS Ayer Keroh[1].

Antara tarikan utama yang terdapat di taman ini ialah "Rumah 13 Negeri" iaitu pameran rumah kampung yang dibina berdasarkan kepada budaya yang terdapat dari 13 buah negeri yang membentuk Malaysia[2]. Di dalam setiap rumah kampung ini, terdapat hasil seni yang menggambarkan ciri-ciri warisan yang terdapat di negeri tersebut. Selain itu, beberapa karakter lagenda dari cerita-cerita tradisional seperti Sang Kelembai dan Naga Tasik Chini turut dipersembahkan dalam bentuk paparan digital.

Malaysia Heritage Studios merupakan penjenamaan semula dari Taman Mini Malaysia dan ASEAN yang mula ditubuhkan pada tahun 1986[3]. Pada ketika itu, ia mempamerkan 13 rumah mini yang mewakili setiap negeri di Malaysia serta rumah mini setiap negara yang menyertai ASEAN. Taman Mini Malaysia dan ASEAN diuruskan oleh pengurusan swasta namun ia dimiliki oleh agensi kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Pada tahun 2024, taman Malaysia Heritage Studios dibuka secara rasmi dengan pengurusan baharu[4] serta menampilkan perbezaan yang ketara dari segi pameran dan pendedahan berbanding Taman Mini Malaysia sebelumnya.


Sejarah

Taman Mini Malaysia dibuka pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad, diikuti oleh Taman Mini ASEAN pada 3 September 1991 yang juga dibuka oleh beliau.


Pameran

Mini Malaysia

Mini Malaysia
  • Rumah Bumbung Panjang Perlis
  • Rumah Bumbung Panjang Penang
  • Rumah Bumbung Panjang Kedah
  • Rumah Bumbung Panjang Perak
  • Rumah Bumbung Panjang Selangor
  • Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan
  • Rumah Bumbung Panjang Malacca
  • Rumah Bumbung Lima Johor
  • Rumah Bumbung Panjang Kelantan
  • Rumah Bumbung Lima Terengganu
  • Rumah Bumbung Panjang Pahang
  • Rumah Tradisional Sabah
  • Rumah Tradisional Sarawak

Mini ASEAN

Mini ASEAN
  • Rumah Tradisional Thailand
  • Rumah Tradisional Filipina
  • Rumah Tradisional Brunei
  • Rumah Tradisional Indonesia
  • Rumah Tradisional Singapura
  • Rumah Tradisional Vietnam
  • Rumah Tradisional Myanmar
  • Rumah Tradisional Kemboja
  • Rumah Tradisional Laos


Rujukan

  1. ^ "Taman Mini Malaysia: Melaka sedia tukar pengurusan baharu". Sinar Harian. 11 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2019. Dicapai pada 6 September 2024.
  2. ^ "13 State Houses". Malaysia Heritage Studios. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2024. Dicapai pada 6 September 2024.
  3. ^ Norafiqah Jamal (5 Februari 2024). "Masuk percuma di Malaysia Heritage Studios, 20 Februari ini". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2024. Dicapai pada 6 September 2024.
  4. ^ "Merasmikan Pembukaan Malaysia Heritage Studio". UMNO. 5 Februari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2024. Dicapai pada 6 September 2024.


Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Politik
  • DUN Ayer Keroh
  • Parlimen Hang Tuah Jaya
Kesihatan
Keagamaan
Pendidikan
Rendah
Menengah
Tinggi
Pelancongan
Rekreasi
Pameran
Jerayawara
Jalan / Lebuh raya
Ikon tunas

Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s