Sofazr

  • Asfan Shah
  • R.J.
  • Shiha Zikir
  • Saidatul Erma
Bekas ahli
  • Amir
  • Shah
  • Zimi
  • Fairouz
  • Rodie
  • One

Sofaz merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 2003. Pada awalnya kumpulan ini dikenali sebagai TOYS (The Outstanding Youngsters). Nama "SOFAZ" diambil bersempena nama ahli-ahli asal kumpulan ini iaitu:

(S): Shah atau Wan Shahbaharin Niktah (gitaris),

(O): One atau Wan Shahbaharom Niktah (dram),

(F): Fairouz atau Ahmad Fairouz Mohamad (bes),

(A): Amir Mahiyidin (vokal),

(Z): Zimi Zahari (gitaris)

Pada perasmian album keempat, kumpulan ini menukarkan nama kumpulan kepada Sofazr, tambahan huruf "R" bersempena nama ahli barunya iaitu Rodie Jamun sebagai pemain keyboard[1][2][3]

Ahli kumpulan

  • Amir "Ameer" Mahyidin - vokal, gitar (2003–kini)
  • Wan Shahbaharin "Shah" Niktah - gitar utama (2003–kini)
  • Zarimi "Zimi" Zahari - gitar kedua (2003–kini)
  • Ahmad Fairouz Mohamad - bes (2003–kini)
  • Wan Shahbaharom "One" Niktah - dram (2003–kini)
  • Rodie Jamun - keyboard (2006–kini)

Ketika kemunculan album kedua mereka iaitu Janjiku, Rodie bin Jamun telah menyertai Sofaz sebagai pemain keyboard.

Diskografi

Album studio

  • Cintai Aku (2004)
  • Janjiku (2006)
  • Kepantasanku (2008)
  • Dan Bila Esok (2010)
  • Maaf Dari Hati Mohd Atlas (2010)
  • 1 Dekad (2013)

Album kompilasi

  • The Best Of Sofaz (2009)

Lagu dan single

  • "Aku Ingin Kamu"
  • "Cintai Aku"
  • "Cinta"
  • "Dendam Kita"
  • "Dan Bila Esok" (menampilkan Shiha Zikir)
  • "Gagalkah Aku"
  • "Janjiku"
  • "Kepantasanku"
  • "Maaf Dari Hati"
  • "Peristiwa" (menampilkan Asfan & R.J)
  • "Raja Kasih Yang Hilang"

Anugerah

  • Kumpulan Paling Popular (Anugerah Planet Muzik 2007)
  • Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) 2007

Rujukan

  1. ^ Feride Hikmet Atak (16 Julai 2013). Sofazr Berjaya Dengan Bergaduh mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 25 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2016.
  2. ^ Sofaz sudah mampu bernafas Utusan Malaysia. 10 Oktober 2004. Diarkib daripada yang asal pada 13 Mac 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  3. ^ Sofarz sentuhan KRU Kosmo!. 18 Januari 2012. Diarkib daripada yang asal pada 13 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2012.

Pautan luar

  • Facebook SOFAZR
  • ALL ABOUT SOFAZR