Sinema Malaysia
- Jangan dikelirukan dengan Sinema di Malaysia
Ke-1,535 (Malaysia)[1]
Sinema Malaysia ialah sebuah portal web yang menyediakan maklumat berkaitan sinema di Malaysia. Ini termasuklah maklumat berkaitan pengarah, pelakon, dan filem itu sendiri. Laman web ini turut melaporkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar industri perfileman di Malaysia, begitu juga dengan filem-filem yang bakal keluar.
Portal web ini merupakan inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan tersedia dalam dwibahasa; bahasa Melayu dan Inggeris.
Sejarah
Portal Sinema Malaysia telah dibangunkan oleh Unit Perhubungan Awam FINAS dan pelancarannya diadakan pada 3 Mac 2008 bertempat di Studio Sound Stage, FINAS.[2] Pelancaran portal web ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada waktu itu, Dato' Wong Kam Hoong.
Rujukan
Pautan luar
- Diarkibkan 2014-06-03 di Wayback Machine
- l
- b
- s
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.