Shahz Jaszle
Shahz Jaszle | |
---|---|
Shahz; 2024 | |
Kelahiran | Muhammad Shahrizal Jaszle bin Jasmin (1988-07-30) 30 Julai 1988 (umur 36) Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | Diploma[1] |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Hanis Husna (k. 2015) |
Anak-anak | 2 |
Muhammad Shahrizal "Shahz" Jaszle Jasmin (lahir 30 Julai 1988) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.
Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.[2]
Kerjaya
Shahz, berdarah campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.
Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.
Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.
Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.
Kehidupan peribadi
Shahz telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015.[3][4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Azura | Zack Zakaria | Filem pertama |
2014 | Kami Histeria | Pelajar kolej | Penampilan khas |
2017 | Lebuhraya Ke Neraka[5] | Jeff |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Anak Emak | TV1 | |
2009 | Dari Mata Ke Hati | ||
Bila Mama Pakai Celana | TV2 | ||
2011 | Pondok Ingatan Cinta | Farish | TV1 |
Kemaafan Sakura | Aliff | TV3 | |
2012 | Landasan Cinta | Kapten Umar | |
2014 | Menghitung Rahmat Tuhan | Hadi | TV9 |
2015 | Sawan | Aliff | TV3 |
2016 | Air Mata Xinjiang | TV2 | |
2017 | Izinkan Aku Menebus Dosa | Nazri | TV9 |
2018 | Adakah Aku Bersalah? | Bront | TV3 |
Neraka Kasih Maisarah | Budin | ||
2019 | Cinta Disertasi | TV1 |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Luna Fantasiku | Fendi | Gua.com.my | Drama pertama |
2009 | Bio-Nik | Adi (Abdul Hadi) | TV3 | |
Tari Tirana | Ashraf | |||
2010 | Asmara | Asmara | ||
Bola Cinta | Haziq | TV2 | ||
Telah Dihalalkan Epal Itu | Khalim | TV AlHijrah | ||
Mistik Alam Hitam | Astro Prima | |||
2011 | Bunga April | Johar | TV3 | |
Pengantin Untuk Dijual | Iskandar | Astro Box Office | ||
Gemilang | Saifullah | TV3 | ||
Asmara 2 | Asmara | |||
Ayu Suraya | Kamal | Astro Prima | ||
Tahajjud Cinta | Azihan | TV3 | ||
2012 | Atas Nama Cinta | Tengku Farish | ||
3 Janji | Khursyi / Kamil | |||
2013 | Cinta Qaseh | Arash | ||
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Faiz | |||
Sehangat Asmara | Azman | |||
Iman Nabila | Iman | TV3 | ||
Kampung Girl | Faisal | |||
2014 | Lembayung Kasihmu | Fansuri | TV2 | |
Kristal Maya | Ezam | TV3 | ||
2015 | Tabir Zulaikha | Ammar | ||
Bidadari | Adi | |||
Maria Terindah | Aris | HyppTV | ||
Abang Sado Jemur Kain | Marzuki | TV3 | ||
2016 | Nasi Minyak Kuah Cinta | Dr Haris | ||
Lara Aishah | Zack | Astro Prima | ||
Bagaikan Kelip-Kelip | Fairuz | TV9 | ||
Cinta Masam Manis | Erman | TV3 | ||
2017 | Black Belt Kaler Pink | Ustaz Salam | Astro Warna | |
Titian Cinta | Daniel | TV3 | ||
2018 | Melankolia | Borhan | ||
Cinta Fatamorgana | Jamil | |||
Isteri Untuk Diiktiraf | Tengku Wafie | TV1 | ||
Cinta Bukan Kristal | Fahmi | TV3 | ||
2019 | Setelah Cinta Itu Pergi | Muiz Lukman | ||
Cinta Tanpa Henti | Arman | |||
Jodoh-Jodoh Annisa | Alex | Astro Prima | ||
Iktibar | TV3 | Episod: "Kerana Cemburu" | ||
30 Pesanan Suara | Azham | |||
2020 | Rindu Yang Terindah | Dr Kamal | ||
Beri Sedikit Waktu | Farhan | |||
2021 | Ayahanda | Ramli | ||
2022 | Cinta Amnesia | Izman | ||
Bila Hati Memilih Dia | Fadhil | |||
Lockdown 2 | Astro Ria | |||
Cinta Hilang Kata | Rain Akhtar | Astro Prima | ||
Takdir Cinta Dhia | Huzair | |||
2023 | Serpihan Sayang | Syakir | TV3 | |
Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP | |||
Sempurnakah Cinta Kita? | Alif | Awesome TV |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Betul ke Bohong? | Artis jemputan | Astro Warna | Musim 1 Episod 13 akhir |
2017 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | Episod 2 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Festival Filem Malaysia ke-23 | Pakaian Lelaki Terbaik | Menang |
Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010 | Anugerah Jejaka Terhangat | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Artis Baru Lelaki Popular | Menang |
Rujukan
- ^ Rudy Imran Shamsudin (11 September 2011). "'Rentaz satukan kasih kami'". myMetro. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
- ^ 8 Mei 2017. 'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid - Hiburan. Diarkibkan 2017-06-23 di Wayback Machine Mstar
- ^ 3 Mei 2015. Gambar Kahwin Shahz Jaszle Dan Hanis Husna 1 Mei 2015. melvister.com
- ^ Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi. MYNEWSHUB
- ^ 29 April 2017. Shahz Jaszle Akui Sukar Berlakon Filem Lebuhraya Ke Neraka | Artikel. Astro Gempak
Pautan luar
- Shahz Jaszle di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)