Sekolah Kebangsaan Minden Height

Sekolah Kebangsaan Minden Height is located in Bumi
Sekolah Kebangsaan Minden Height
Sekolah Kebangsaan Minden Height (Bumi)
Jalan 13, Changkat Minden, 11700, Gelugor, Pulau Pinang
MalaysiaKoordinat5°22′01″N 100°18′18″E / 5.36686°N 100.305°E / 5.36686; 100.305Koordinat: 5°22′01″N 100°18′18″E / 5.36686°N 100.305°E / 5.36686; 100.305MaklumatJenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaanMoto"Bacalah"Nombor sekolah6046570507Kod sekolahPBA1014Pengerusi PIBGDatin Noorazleena binti Mat KharsaPengetuaSalizawati binti OmarGPK Pentadbiran dan AkademikNalina binti Abdul RahmanPenolong Kanan Hal Ehwal MuridOoi Phaik KooiPenolong Kanan KokurikulumAhmad Sahir bin JaafarFaks6046570507Laman sesawangsites.google.com/moe-dl.edu.my/skmindenheightMap

Sekolah Kebangsaan Minden Height atau nama ringkasnya SK Minden Height, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan 13, Changkat Minden dalam Gelugor di Pulau Pinang, Malaysia dengan kod sekolah iaitu PBA1014. Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Kebangsaan Minden Height mempunyai jumlah pelajar seramai 1256 orang. Ia mempunyai 78 orang guru yang bertugas di sekolah ini.[1]

Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Minden Height memiliki 1272 orang daripada tahun satu hingga tahun enam setiap aliran mempunyai enam buah kelas (Alpha, Beta, Delta, Gamma, Sigma dan Zeta) dan 75 orang murid pra sekolah yang terdiri daripada 3 buah kelas Alpha, Beta dan Delta, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1347 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru.

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Minden Height dikelaskan sebagai sekolah berstatus bandar.[1]

Pada permulaan hari persekolahan tahun 2018, Sekolah Kebangsaan Minden Height telah menganjurkan program "Ku Serah Padamu" yang dimana semua ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak mereka di perkarangan pintu pagar sekolah sahaja. Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid datang ke sekolah dengan penuh keyakinan diri. Semua guru telah bersedia seawal jam 6:50 pagi demi menanti kehadiran murid-murid dan pihaknya juga telah menjelaskan mengenai peraturan berkenaan kepada ibu bapa serta penjaga.[2]

Pencapaian

  • 2012: Sekolah Prestasi Tinggi
  • 2012: Sekolah Kluster Kecemerlangan

Rujukan

  1. ^ a b Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia Jun 2020. moe.gov.my (Laporan). Kementerian Pendidikan Malaysia. 10 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 9 Januari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)
  2. ^ Dewi Nur Harasha Alias (2 Januari 2018). "'Ku Serah Padamu': Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-02. Dicapai pada 10 Januari 2020.

Pautan luar

  • Facebook Sekolah Kebangsaan Minden Height
  • Site SK Minden Height