Sasha Saidin
Sasha Saidin | |
---|---|
Sasha ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 17 November 2015. | |
Kelahiran | Sasha binti Mohd Saidin (1976-12-20) 20 Disember 1976 (umur 47) Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Jason Skinner (k. 2003; c. 2007) Salyo Priyanto Nutosoemarsono (k. 2007; c. 2013) Sirhan Wahab (k. 2020) |
Anak-anak | Adam Aryasenna Notosoemarsono [1] |
Ibu bapa | Siti Aishah Abdullah Mohd Saidin |
Saudara | Adam Abdullah (abang) Zain Saidin (adik) |
Sasha Mohd Saidin (lahir 20 Disember 1976) merupakan bekas penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan wanita Malaysia, Elite yang meraih kejayaan komersial pada 1990-an.
Kehidupan peribadi
Beliau ialah kakak kepada pelakon Zain Saidin. Ibunya Siti Aishah Abdullah. Mereka menetap di Bukit Komanwel, Kuala Lumpur.
Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono, dan mereka berdua pernah menyertai rancangan realiti TV Sehati Berdansa pada 2011. Salyo merupakan warganegara Indonesia dan mereka telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.[2] pada tahun 2020 beliau berkahwin kali ketiga dengan teman rapatnya iaitu Sirhan Wahab.
Rujukan
Pautan luar
- Sasha Saidin di Facebook
- Sasha Saidin di Twitter
- Sasha Saidin di Instagram