Rinke Khanna
Rinke Khanna | |
---|---|
Khanna di BMW India Bridal Fashion Week pada 2015 | |
Kelahiran | (1977-07-27) 27 Julai 1977 (umur 47) Bombay, Maharashtra, India |
Tahun aktif | 1999–2003 |
Pasangan | Sameer Saran (k. 2003) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Dimple Kapadia |
Bapa | Rajesh Khanna |
Saudara | Twinkle Khanna (kakak) Simple Kapadia (ibu saudara) Akshay Kumar (abang ipar) |
Rinke Khanna (lahir Rinkle Jatin Khanna pada 27 Julai 1977) ialah seorang pelakon India.[1][2] Beliau ialah anak perempuan pelakon Dimple Kapadia dan pelakon Rajesh Khanna, adik Twinkle Khanna. Beliau pertama kali berlakon menerusi filem Pyaar Mein Kabhi Kabhi (1999), menukar nama pentasnya dari Rinkle ke Rinke. Dalam filem Mujhe Kucch Kehna Hai, beliau menjayakan watak pembantu. Beliau membintangi filem Chameli pada tahun 2003. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran pada 8 Februari 2003 dan tinggal di United Kingdom bersama anak perempuan dan suaminya.
Filemografi
Tahun | Filem | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Pyaar Mein Kabhi Kabhi | Khushi | Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik |
2000 | Jis Desh Mein Ganga Rehta Hain | Tina | |
2001 | Mujhe Kucch Kehna Hai | Priya | |
Majunu | Heena | Filem Tamil | |
2002 | Yeh Hai Jalwa | Rinkie Mittal | |
Mango Soulé | Kiran | ||
2003 | Pran Jaye Par Shaan Na Jaye | Suman | |
Jhankaar Beats | Nicky | ||
Chameli | Neha |
Rujukan
Pautan luar
- Rinke Khanna di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)