Rasul Dahri

Rasul Dahri
Rasul Dahri
KunyaAbu Farouq
NamaRasul bin Dahri
NasabRasul bin Dahri bin Saem bin Mohsen
Lahir(1953-05-27)27 Mei 1953
Singapura
Wafat19 Jun 2024(2024-06-19) (umur 71)
Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor
MakamTanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram
NegaraSingapura
PekerjaanPenceramah, pendakwah
DenominasiAhli Sunah Waljamaah, Salaf
dipengaruhi oleh
  • Muqbil bin Hadi al-Wadi'i, Rabi' al-Madkhali, Muhammad bin Salih al-Uthaimin, Muhammad Nasiruddin al-Albani, Abdul Rahman Habannakah
PenghargaanPingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (2005)

Rasul bin Dahri (Jawi: رسول بن دهري), atau Ustaz Rasul Dahri (lahir di Singapura, 27 Mei 1953 – meninggal di Johor Bahru, 19 Jun 2024 pada umur 71 tahun) ialah seorang ulama dan pendakwah kelahiran Singapura[1] yang giat menyebarkan agama Islam aliran salaf di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Thailand melalui lisan dan tulisan.

Latar belakang

Nama penuh beliau ialah Rasul bin Dahri bin Saem bin Mohsen.[2] Beliau juga digelar dengan kunyah Abu Farouq.[3] Ayahnya berketurunan Bugis dilahirkan di Indonesia dan ibunya berketurunan Cina dilahirkan di Muar, Johor, Malaysia. Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953. Beliau memegang kewarganegaraan Singapura tetapi tinggal menetap bersama keluarganya (anak-anak dan isteri) di Johor Bahru, Malaysia sejak 1984 sehinggalah beliau meninggal dunia pada 19 Jun 2024 pada usia 71 tahun.

Pendidikan

Rasul Dahri pernah belajar di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura dan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang, Malaysia. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya ke Maahad al-Haram al-Makki, di Mekah, Arab Saudi. Beliau menyambung pengajian di Universiti Raja Abdul Aziz, Mekah dalam bidang bahasa Arab dan di Universiti Umm al-Qura, Mekah dalam bidang syariah, dakwah & usuluddin. Beliau berada di Mekah, Arab Saudi selama sebelas tahun dari 1973 hingga ke penghujung tahun 1984.[4]

Guru-guru beliau

Semasa di Mekah, beliau sempat bersama Syeikh al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi al-Wadi'i di Maahad al-Haram dan bersama Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sempat berguru dengan beberapa orang syeikh semasa mereka mengunjungi Mekah ketika musim cuti, musim Haji atau di bulan Ramadhan, seperti Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Uthaimin, dan Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan. Beliau juga pernah berguru (hampir setahun lamanya) dengan Syeikh Alwi al-Maliki (mengikuti pengajiannya di dalam Masjid al-Haram, Mekah dalam bidang hadis) iaitu sebelum beliau diharamkan mengajar di Masjid al-Haram.[5]

Semasa Ustaz Rasul Dahri menuntut ilmu di Mekah, beliau sempat bertalaqi dengan beberapa orang syeikh. Ada di antara mereka mendorong, memberi semangat dan berpesan agar berdakwah dengan tulisan serta menterjemahkan kitab-kitab turath dan kitab-kitab tulisan para ulama Salaf as-Soleh di samping berdakwah dengan cara mengajar, berceramah atau berdakwah dengan lisan.

5. Syeikh Rabi' al-Madkhali, beliau mengambil PhD. (ketika itu) di Universiti Ummul Qura dan Ustaz Rasul Dahri sering bersamanya di perpustakaan universiti dan di majlis-majlis ilmu yang diadakannya dan juga semasa rehlah saifiyah. Beliau juga menggalakkan dan menunjuk ajar tatacara penulisan dan bagaimana menghasilkan tulisan yang ilmiyah.

6. Asy-Syeikh al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi al-Wadi'i, iaitu sebelum beliau meninggalkan Mekah terusir kerana fitnah yang dicetuskan oleh mereka-mereka yang bersifat hasad dan dengki terhadap ketegasan beliau menghadapi pelaku syirik dan bid'ah. Ustaz Rasul Dahri pernah menuntut bersama beliau di Ma'had yang selama setahun iaitu Ma'had al-Haram al-Makki, Mekah. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi sehingga memperolehi ijazah PhD.

Semasa di Mekah juga, beliau telah menimba ilmu dan bertalaqqi daripada beberapa masayeikh, antaranya ialah Syeikh Ahmad al-Mandili, Syeikh Yahya (dalam bidang ilmu-ilmu sanad, rawi dan jarah wa-ta'dil), mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, sirah dan ilmu-ilmu lain antaranya daripada Syeikh Syaid Sabiq, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Muhammad Qutub, Syeikh at-Tantawi (penceramah radio Mekah), Syeikh Muhammad Mujahid as-Sawwaf, asy-Syeikh Abdurrahman al-Habannaka al-Maidani dan Syeikh Yamani.

Beliau diberi kesempatan juga oleh Allah ‎Taala menghadiri kuliah-kuliah as-Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin al-Albani dan asy-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di musim Haji, di bulan Ramadhan dan bulan cuti musim panas.

Anugerah

Rasul Dahri telah dianugerahkan pingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (2005)[6]

Kematian

Rasul Dahri meninggal dunia pada 19 Jun 2024 di kediamannya di Ulu Tiram, Johor, Malaysia.[7]

Isu dan tengkarah

Sekatan pengajaran Islam di Malaysia dan Singapura

Rasul Dahri pernah dipenjara di Johor Bahru pada 2016 dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Syariah Johor selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman bertentangan Ahli Sunah Waljamaah di Johor Bahru.[8]

Permohonan beliau untuk diiktiraf sebagai pengajar Islam di Singapura melalui Skim Pengiktirafan Asatizah juga telah ditolak oleh Majlis Ugama Islam Singapura pada 2017.[9]

Penulisan

Ustaz Rasul Dahri banyak menghasilkan buku-buku agama dalam bidang akidah, fikah, manhaj dan sebagainya. Antara buku-buku tersebut ialah:-

  1. Ikhwanul Muslimin Atau Ikhwanul Muflisin? : Tajdid Atau Tabdi' : Mujaddid Atau Mubtadi'?. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2007.[10][11]
  2. Kenali Khawarij & Sahkah Berimamkan Imam Bid'ah ?. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.[12]
  3. Mencontohi Haji Dan Umrah Rasulullah & ziarah Yang Memenuhi Kehendak Sunnah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2006.[13]
  4. Meratakan, Meluruskan, & Merapatkan Saf : Menarik Jamaah Ke Saf Di Belakang, Hukum Tasbih (Subhah). Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.
  5. Hukum Anjing Dan Babi (Khinzir). Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2011.
  6. Bid'ah Tentang Membaca Surah Yaasin Dan Upah Khatam Al-Quran. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.
  7. Bid'ah Memberi Dan Menerima Upah Membaca Al-Quran. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2016.
  8. Neraka Vs Syurga. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2013.
  9. 10 Pembatal Keislaman : Terjemahan Dan Ulasan Oleh Ustaz Rasul Dahri. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2012.
  10. Inilah Wahabbi Yang Sebenar-Benar Wahabbi. Johor Bahru: Syarikat Ummi International Pte. Ltd. 2015.
  11. 3 Landasan Utama : Al-Usul As-Tsalasah. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2013.
  12. Menghidupkan Qiamul-Lail (Solat Malam). Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2011.
  13. Poligami Perintah Allah Dan Rasulullah : Adakah Penyelamat Wanita Atau Muslimah ?. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2013.
  14. Kembali Kepada Manhaj ASWJ Dan Mengenali Pengertian Cinta, Kasih Sayang Dan Benci. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2012.
  15. Berimamkan Imam Bid'ah, Sah Atau Batal ?. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2002.
  16. Korban : Wajib Atau Sunnah & Aqiqah : Hukum Dan Dalil-Dalilnya. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2011.
  17. Rokok : Haram Atau Makruh Dan Penawar Atau Pembunuh. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2004.
  18. Hikmah Dalam Berdakwah Antara : Ahli Sunnah Wal-Jamaah Melawan Teroris. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.
  19. ISIS Bukan Wahhabi Atau Salafi Tetapi Khawarij & Irhabi (Pengganas). Johor Bahru: Ummi International Pte. Ltd. 2015.
  20. Apa Ada Pada Ikhwanul Muslimin & Para Tokoh-Tokohnya. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2012.
  21. Kuburi (Penyembah Kubur). Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2011.
  22. Wahhabi! Wahhabi! Wahhabi!. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2009.
  23. Benarkah Imam Asy-Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah (Tahlilan), Yasinan, Selamatan, Talqin & Kuburi. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2014.
  24. Di Mana Allah ? : Akidah Wahhabi, Asy'ari Atau Syafie ?. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.
  25. Di Mana Allah : Jahmiyah Menafikan Allah Di Langit & Menuduh Ahli Sunnah Sebagaimana Mujassimah. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2010.
  26. Bertakwalah Kepada Allah ! Perbaikilah Solat Safar Dengan Mencontohi Solat Jamak & Qasar Rasulullah. Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd. 2011.
  27. Mencontohi Haji Dan Umrah Rasulullah S.A.W. Johor Bahru: Ummi International. 2016.


Tujuh buah buku Rasul Dahri telah diharamkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 2004. Senarai buku tersebut ialah:[14]

  1. Bahaya Taqlid Buta Dan Ta’sub Mazhab. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1998.
  2. Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Selawatan. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2001.
  3. Amalan-amalan Bid'ah Pada Bulan Sya'ban. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2002.
  4. Hukum Mengenai Rokok & Mencukur Janggut. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1997.
  5. Bahaya Tariqat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1998.
  6. Setiap Bid'ah Menyesatkan. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1997.
  7. Persoalan Bid'ah & Percanggahannya. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1998.

Sembilan buah buku Rasul Dahri telah diharamkan di Singapura pada 2017. Senarai buku tersebut ialah:[15]

  1. Setiap Bid'ah Menyesatkan. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1997.
  2. Hukum Mengenai Rokok & Mencukur Janggut. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1997.
  3. Salah Faham Dr. Harun Din Dalam Persoalan: Bid'ah & Percanggahannya (Edisi Baru). Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1998.
  4. Siri 1: Bahaya Tariqat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 1998.
  5. Siri 2: Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan dan Selawatan. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2001.
  6. Siri 5: Kebatilan dan Kemungkaran Berzanji & Perayaan Maulid Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa-Sallam). Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2001.
  7. Siri 7: Amalan-amalan Bid'ah Pada Bulan Sya'ban. Taman Kempas, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. 2002.
  8. Tauhid Hakimiyah & Khawarij: Punca Demonstrasi, Pemberontakan, Pecah-belah dan Pengkafiran. Majidi Baru, Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Enterprise. 2012.
  9. Demokrasi, Pilihanraya & Mengundi: Satu Kajian Menurut Al-Quran & AsSunnah. Majidi Baru, Johor Bahru: Syarikat Ummul Qura Enterprise. 2013.


Ceramah Di Youtube

  1. 3 Landasan Utama (Siri 1) - Ustaz Rasul Dahri (Ilmu Salaf Dot Com)[16]
  2. URD - Kitab Tauhid - 14/03/2011 - 1/8 (abuaqif)[17]
  3. 20/02/2011 - URD - Solat Jamak & Qasar (urdchannel)[18]
  4. 14.09.2014 - URD - Korban Menurut Sunnah (abuaqif)Salaf Dot Com)[19]
  5. Soal Jawab: Apakah Dan Bagaimana Akidah Imam As-Syafie? | Ustaz Rasul Dahri (Gerakan PENA Malaysia)[20]


Rujukan

  1. ^ KOSMO! (2024-06-20). "Anwar ucap takziah kepada keluarga Ustaz Rasul Dahri". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-07-28.
  2. ^ "( BERITA DUKA ) Telah wafat al Ustadz Rasul ialah Rasul Bin Dahri bin Saem bin Mohsen" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-28.
  3. ^ "Kempen Kenali Pendakwah Kita #kenalipendakwahkita". Kempen Kenali Pendakwah Kita #kenalipendakwahkita. Dicapai pada 2024-07-28.
  4. ^ https://encikbaca.wordpress.com/2011/04/13/biodata-ustaz-rasul-bin-dahri/
  5. ^ https://encikbaca.wordpress.com/2011/04/13/biodata-ustaz-rasul-bin-dahri/
  6. ^ https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/p/kempen-kenali-pendakwah-kita.html?m=1
  7. ^ "UMUR YANG KEDUA : DEDIKASI BUAT USTAZ RASUL DAHRI RAHIMAHULLAH". Dicapai pada 2024-07-29.
  8. ^ hermes (2016-05-07). "Pendakwah S'pura dipenjara di Johor, Berita - BeritaHarian.sg". www.beritaharian.sg. Dicapai pada 2024-07-28.
  9. ^ "Encik Rasul Dahri tidak ditauliah ARS; sebar fahaman tegar". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-28.
  10. ^ https://perpustakaan.islam.gov.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=42694&shelfbrowse_itemnumber=59957
  11. ^ https://ikhwanulmusliminatauikwanulmuflisin.blogspot.com/
  12. ^ http://library.mediu.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=2521&shelfbrowse_itemnumber=5079
  13. ^ https://neuaxis.mod.gov.my/neuaxis/Record/0000081718/Similar
  14. ^ Sulong, Jasni (2016-01-01). "Pemeliharaan Akidah Islam: Analisis Daripada Sudut Penguatkuasaan Undang-Undang dan Fatwa di Pulau Pinang: Safeguard the Islamic Faith: An Analysis from Law and Fatwa Enforcement in Pulau Pinang". Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam (dalam bahasa Inggeris). 18: 1–34. doi:10.22452/afkar.sp2016no1.1. ISSN 2550-1755.
  15. ^ Correspondent, Rachel Au-YongHousing (2017-06-20). "Extremist preacher barred from teaching Islam in Singapore; nine of his books banned". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 2024-07-28.
  16. ^ https://www.youtube.com/watch?v=GABovrklOPo&t
  17. ^ https://www.youtube.com/watch?v=3Zg2rf72Nr4
  18. ^ https://www.youtube.com/watch?v=G-ZAxLsuVHk
  19. ^ https://www.youtube.com/watch?v=UWeGRRqZjOQ
  20. ^ https://www.youtube.com/watch?v=2Egf-qMqXSY&t