Qistina Raisah

Qistina Raisah
Kelahiran
Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri

(2008-12-01) 1 Disember 2008 (umur 15)
Dengkil, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012–kini

Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri (lahir 1 Disember 2008)[1] merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Lafazkan Kalimah Cintamu.[2][3]

Kehidupan awal

Nur Qistina Raisah dilahirkan pada 1 Disember 2008 di Dengkil, Selangor, kepada pasangan Roszana Aminuddin dan Mohd Kamarol Azri.[1] Beliau merupakan anak bongsu dari lima beradik, tiga lelaki dan dua perempuan.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun.[3] Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.

Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama adaptasi novel, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[4]

Beliau berlakon bersama Nur Risteena dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Demi Cinta Ain, menjayakan watak Hanis.

Beliau muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[5][6][7]

Filemografi

Rujukan

  1. ^ a b "Biodata Nur Qistina Raisah, pelakon kanak-kanak popular". Encik Shino. 27 November 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  2. ^ "Biodata Nur Qistina Raisah". Azhan.co. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  3. ^ a b Mohammad Al Faizal 
Abdul Karim (8 April 2017). "Seronok beraksi di depan kamera". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  4. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  5. ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  6. ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  7. ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.

Pautan Luar