Pujaan Hati Kanda
- Drama
Cinta
Konflik
Keluarga
karya Aulia Iman
- Mira Filzah
- Remy Ishak
- Sarah Hildebrand
Pujaan Hati Kanda merupakan siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Diadaptasi daripada novel 2016 dengan judul yang sama karya Aulia Iman terbitan Karyaseni. Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 dari 20 Disember 2018 menggantikan Seribu Rindu.[1][2]
Sinopsis
Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.
Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Pelakon
Pelakon utama
- Mira Filzah sebagai Tiara
- Remy Ishak sebagai Megat Danish/Danny
- Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Pelakon pembantu
- Aydeen Mikael sebagai Baby Iqy
- Azar Azmi sebagai Fatimah
- Syazwan Zulkifli sebagai Fazli/Pali
- Elisya Sandha sebagai Reena
- Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
- Aidil Aziz sebagai Syafiq
- Omar Abdullah sebagai Dato' Megat Aiyub
- Dian P. Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
- Reen Rahim sebagai Suria
- Taufiq Hanafi sebagai Naim
- Qazem Nor sebagai Rizman
- Aida Khalida sebagai Rosnah
- Catriona Ross sebagai Mama Nadine
- Rashdan Baba sebagai Papa Nadine
- Azhar Amir sebagai Encik Hamdin
- Aleza Shadan sebagai Puan Alfa
- Azlan Komeng sebagai Megat Danial
- Shasha Raman sebagai Farah
- Ani Mayuni sebagai Misha
- Nabil Mahir sebagai Fikri
- Farawahida sebagai Khyra
- Nur Intan Suria sebagai Leha
Runut bunyi
No. | Tajuk | Artis | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Pujaan Hati" | Adira Suhaimi | 04:06 | ||||||
2. | "Saat Bahagia" | Ippo Hafiz | -:-- | ||||||
3. | "Amanda" | Ippo Hafiz | -:-- | ||||||
4. | "Lakar Janji" | Azharina Azhar | -:-- | ||||||
Jumlah masa: -:-- |
Sambutan
Drama ini telah menerima penarafan sebanyak 12 juta penonton dan turut menjadi antara topik-topik hangat di media sosial serta sohor kini di Malaysia dan juga seluruh dunia. Pada Episod akhirnya, drama ini ditonton oleh 5 juta penonton serta menerima sebanyak 30 juta penonton di platform TonTon dan juga saluran YouTube rasmi TV3.
Rujukan
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Pujaan Hati Kanda | Berikutnya |
Seribu Rindu | Dia Menantu Rahsia |