Piala Cabaran Malaysia 2023 atau Piala Cabaran 2023 (Inggeris: 2023 Malaysia Challenge Cup) adalah kejohanan Piala Cabaran Malaysia edisi ketiga yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).[1]
PDRM menang 4–1 secara agregat menentang Kuching City di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran pertama mereka.
Format
Lapan pasukan yang tersingkir di pusingan 16 Piala Malaysia 2023, akan bermain di kejohanan ini. Pasukan akan terus bermain dalam peringkat kalah mati, dimana mereka akan mula berentap di suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir yang kesemua perlawanan akan dimain secara timbal balik, bermain di tempat sendiri dan tempat lawan. Sekiranya pasukan terikat pada agregat di masa biasa, masa tambahan dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.[perlu rujukan]
Jadual perlawanan adalah seperti berikut.[perlu rujukan]
Fasa
Pusingan
Perlawanan Pertama
Perlawanan Kedua
Peringkat kalah mati
Suku Akhir
18 & 19 September 2023
4–6 Oktober 2023
Separuh Akhir
21 & 22 Oktober 2023
4 & 5 November 2023
Pentas Akhir
29 November 2023
3 Disember 2023
Peringkat kalah mati
Dalam fasa kalah mati, pasukan bermain menentang satu sama lain melalui perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan. Sekiranya pasukan terikat pada agregat di masa biasa, masa tambahan dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.[perlu rujukan]
^"MFL Challenge Cup Kembali Warnai Arena Bola Sepak Tempatan" (dalam bahasa Melayu). makanbola.com. 26 Januari 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)