Pergunungan Pontik

Pergunungan Pontik
Biara Sumela di atas Pergunungan Pontik
Titik tertinggi
PuncakGunung Kaçkar
Ketinggian3,937 m (12,917 ka)
Koordinat40°50′N 41°09′E / 40.833°N 41.150°E / 40.833; 41.150
Dimensi
Panjang1,000 km (620 bt)
Geografi
NegaraTurki and Georgia
Koordinat banjaran40°30′N 40°30′E / 40.500°N 40.500°E / 40.500; 40.500Koordinat: 40°30′N 40°30′E / 40.500°N 40.500°E / 40.500; 40.500

Pergunungan Pontik atau Pergunungan Pontus (Bahasa Turki: Kuzey Anadolu Dağları, bermaksud Pergunungan Anatolia Utara; Jawi: ڤرڬونوڠن ڤونتيکcode: ms is deprecated ) merupakan banjaran gunung di utara Anatolia, Turki. Ia juga dipanggil Pergunungan Parhar dalam bahasa Turki dan Yunani Pontik tempatan. Perkataan Parhar berasal daripada perkataan bahasa Het yang bermaksud "tinggi" atau "puncak".[1] Dalam bahasa Yunani kuno, gunung-gunung ini dipanggil Paryadres[2] atau Pergunungan Parihedri.[3]

Etimologi

Nama gunung ini berasal daripada perkataan Yunani "Pontus" (Πόντος), yang bermaksud "laut." Pergunungan Pontik, atau Póntos Óri dalam bahasa Yunani, terbentang sepanjang pesisir selatan Laut Hitam, yang dikenali pada zaman dahulu sebagai "Laut Euksin" ataupun "Pontus Euksinos" (Πόντος Εὔξεινος).

Geografi

Panorama Pergunungan Pontik di Turki

Banjaran ini memanjang dari timur ke barat, menghampiri pantai selatan Laut Hitam. Ia menjangkau ke timur laut ke Georgia, dan ke barat ke Laut Marmara. Ia termasuk bahagian barat laut Pergunungan Küre, bersama dengan Pergunungan Akçakoca, dan Pergunungan Bolu, mengiringi pantai. Puncak tertinggi banjaran ini ialah Kaçkar Dağı, yang menjulang 3,937 m (12,917 ka) ke udara. Sesar Anatolia Utara dan Sesar Anatolia Timur Laut, yang merupakan sesar bumi yang merentas seluruh banjaran ini dari timur ke barat.

Ekologi

Istana Zilkale

Pergunungan ini biasanya dilitupi hutan tebal, kebanyakannya jenis konifer.

Hutan-hutan daun luruh dan konifer Anatolia Utara meliputi sebahagian besar banjaran ini, manakala hutan campuran Caucasus terletak di hujung timur jauh banjaran dan dinamakan Pergunungan Kaçkar. Di pantai yang sempit di antara pergunungan dan Laut Hitam, yang dikenali sebagai Pontus, adalah rumah kepada hutan daun luruh Euksin-Colchia, yang menempatkan salah satu daripada hanya beberapa buah hutan hujan sederhana di dunia.

Kawasan ini adalah rumah kepada hidupan liar Eurasia seperti lang sikap Eurasia, helang emas, lang tengkuk timur, helang tompok kecil, geros hitam Kaukasia, serin dahi merah dan perayap dinding.[4]

Keadaan musim sejuk sangat teruk, dan salji turun walaupun pada bulan-bulan musim panas di ketinggian tertentu.[5]

Penara Anatolia, yang terletak di selatan banjaran ini, mempunyai iklim benua dan lebih kering berbanding pesisirnya yang lembap dan sederhana, disebabkan oleh kesan bayangan hujan banjaran.[6]

Rujukan

  1. ^ Karadeniz Ansiklopedik Sözlük Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine. Lihat rencana "Parhar" (penara) dan "Parhal" (kampung).
  2. ^ Strabo. "Chapter XI". Geographica (35 BC – 23 AD). m/s. xii.4.
  3. ^ Pliny the Elder. "Chapter VI". Naturalis Historia (77–79 AD). m/s. iix.25.
  4. ^ Couzens, Dominic (2008). Top 100 Birding Sites of the World. University of California Press. m/s. 73–75. ISBN 978-0-520-25932-4.
  5. ^ "File:Koppen-Geiger Map TUR present.svg". commons.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2018. Dicapai pada 2021-03-14.
  6. ^ Pontic Mountains and highlands Diarkibkan 2014-02-26 di Wayback Machine
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)