Nik Adam Mika

Nik Adam Mika
Kelahiran
Nik Muhammad Adam Mikael Bin Nik Mohd Adli

(2010-05-12) 12 Mei 2010 (umur 14)
Tatau, Sarawak, Malaysia
Nama lainNik Adam Mika
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Ibu bapaNik Mohd Adli Nik Azlan (bapa)
SaudaraIsaac Iman (adik)

Nik Muhammad Adam Mikael Bin Nik Mohd Adli atau lebih dikenali sebagai Nik Adam Mika (lahir 12 Mei 2010) merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Sangkar Reza Filem pertama
Wangi Khiri

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Tentang Hati 2 Qalish TV2 Drama pertama
Jasmine Adam TV3
Dia Semanis Honey Nabil Astro Ria
2016–2017 Biar Aku Jadi Penunggu Aqil TV3
2017 Suamiku Paling Sweet Hafiy
Budak Ijat Ijat
2018 Cinta Tiada Ganti Mukhriz kecil Astro Prima
Ketika Masa Terhenti TV1
Budak Usin Budak Ijat TV3
Tak Ada Cinta Sepertimu Qaleff Astro Ria
Cik Reen Encik Ngok Ngek Qalish
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Muiz Danish TV3
Salam Squad Raf Astro Ceria
Kau Yang Pertama Wafi TV3
Calon Menantu Tuan Rumah Irwan TV Okey
Iktibar TV3
2020 Salam Squad 2.0 Raf Astro Ceria
Runi & Solah Solah TV3
2021 Ramadani Ramadani / Danny
Love Elsa Astro Ria
2022 Salam Squad 3.0 Raf Astro Ceria
Roxy Amar TV3
Cinta Buat Dara Aniq

Drama web

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2019 Ombak Rindu The Series Iflix Drama pertama

Telefilem

  • Syurga Tak Sempurna
  • Mimi Amah Diva (2016)
  • Ayah Untuk Disewa (2016)
  • Kari Sanjana (2016)
  • Kad Raya Dalam kolong (2017)
  • Famili Tuan Ihsan Raya (2017)
  • Dengan Beetle Kami Beraya Lagi (2017)
  • Wanita Terindah (2017)
  • Vivi Si Perigi (2018)
  • Detektif Daniel (2018)
  • Renjana (2018)
  • Batang Buruk Batu Lesung (2018)
  • Istana Firdaus (2018)
  • Salam Squad Kambing Bekk (2019)
  • Sahur Terakhir (2019)
  • Jongkong (2019)
  • Anak Syurga (2019)
  • Misteri Tasik Biru (2019)
  • 10 Malam Terakhir (2020)
  • Ketot Nak Raya Kat Kampung (2020):
  • Ketot
  • Balik Kampung Tak Lonely Lagi (2020): Ayyad/Hantu
  • Poster Wayang Terakhir (2020)
  • Kerusi Kecil (2022)
  • Geng Basikal (2023)
  • Disgrafia (2024)

Iklan

Diskografi

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Go DD DINAMIC Music single pertama

Fakta & Trivia menarik

Fakta Menarik

• Berperwatakan aktif dan periang.

• Mula bergelar model yang memperagakan pakaian kanak-kanak sejak usia empat tahun.

• Terbabit sebagai anak seni sejak umur tiga tahun.

• Adiknya, Isaac Iman juga terlibat dalam bidang lakonan.

• Anak kepada Nik Mohd Adli Nik Azlan (bapa), seorang pensyarah undang-undang.

• Mendapat pendidikan secara 'home schooling'.

• Asalnya tidak meminati lakonan, namun semakin selesa selepas acapkali beraksi di hadapan kamera.

Trivia Menarik

• Sebelum terjun ke dunia lakonan, Adam memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak sejak berusia empat tahun.

• Lincah dalam memberikan pelbagai gaya menarik di depan kamera bak model berpengalaman.

• Turut digelar sebagai ikon fesyen kanak-kanak dan menjadi inspirasi buat si cilik di luar sana yang gemar berfesyen dan bergaya.

• Menganggotai kumpulan The Guerilla Kids (TGK) bersama Syafiq Nashrin dan Muhammad Rizqie.

• Diurus oleh papanya iaitu Nik Mohd Adli Nik Azlan, 32 yang merupakan seorang pensyarah Undang- Undang di sebuah universiti tempatan.

• Sebelum masuk ke set pengambaraan, Adam akan meminta pihak produksi memberikan skrip lebih awal kepadanya bagi membuat persediaan awal. Selalunya, proses pembacaan serta pemahaman skrip dan watak akan dibantu oleh papanya.

• Jika tidak terlibat dengan aktiviti seni lakon atau modeling, Adam lebih suka menonton program kartun di rumah dan bermain di taman permainan dengan kawan-kawannya.

• Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

"Biarpun Adam didedahkan dengan dunia glamor sebagai model ketika usianya masih kecil, saya tetap memastikan Adam bebas daripada sebarang perkara negatif yang mungkin akan berlaku pada dirinya kelak." - ujar bapa kepada Nik Adam Mika

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Hajahfarhana Tarmudi (13 Mei 2015). "Lincah depan kamera". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  2. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (14 Jun 2017). "Dari Instagram ke dunia lakonan". Berita Harian. Dicapai pada 22 Jun 2017.

Pautan luar