Munir Mega
Munir Mega | |
---|---|
Munir (kanan) sewaktu awal kemunculannya bersama kumpulan Mega | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Abdul Munir bin Samsudin |
Juga dikenali sebagai | Munir, Munir Mega, Munir FRU |
Kelahiran | (1970-04-20) 20 April 1970 (umur 54) Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik |
Instrumen | Dram |
Tahun aktif | 1988–kini |
Syarikat rakaman | Jojo's Production BMG Music |
Pengkarya berkait | Kumpulan Mega Kumpulan FRU Rahmad Mega Mat Mega Ziana Zain Melati Shukor Ujang Exists |
Abdul Munir bin Samsudin atau dikenali sebagai Munir Mega (lahir 20 April 1970) merupakan pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Mega. Berketurunan Melayu Kerinchi, anak kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan kariernya bersama kumpulan FRU (Five Rockers Union), sebuah kumpulan rock yang diterajui oleh penyanyi Dato' Hattan. Bersama FRU, Munir bersama rakan-rakannya melahirkan satu album sahaja iaitu Kelahiran pada tahun 1988 sebelum berpecah lalu Munir meneruskan kegiatannya sebagai pemuzik bebas dan pernah bersama kumpulan pemuzik Ella & The Lips pada satu ketika.
Kemudian pada tahun 1991, Munir telah diajak oleh sahabat lamanya, Mat Mega yang juga bekas pemain bass FRU untuk menyertai kumpulan Mega bagi menggantikan pemain dram asal mereka, Joey yang menarik diri sejurus selepas pertandingan akhir Juara Lagu '90 melabuhkan tirainya. Album kedua Mega berjudul Ilustrasi merupakan kemunculan pertama Munir sebagai pemain dram tetap Mega.
Munir bersama anggota Mega yang lain kemudiannya mengasah bakat sebuah kumpulan rock baharu di bawah naungan Jojo's Production iaitu Exists yang turut melahirkan seorang lagi pemain dram tersohor Malaysia pada masa kini iaitu Ujang.