Mohd Syukri bin Mohd Shanushi
Syuk New Boyz | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Syukri bin Mohd Shanushi |
Juga dikenali sebagai | Syuk |
Kelahiran | (1983-03-27) 27 Mac 1983 (umur 41) Tumpat, Kelantan |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Pop rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik |
Instrumen | Bass |
Tahun aktif | 1997-2001 |
Syarikat rakaman | Suria Records (1999-2001) |
Pengkarya berkait | New Boyz |
Mohd Syukri bin Mohd Shanushi (lahir 27 Mac 1983) juga dikenali sebagai Syuk adalah bekas pemain bass kumpulan New Boyz. Anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur dan pernah bersekolah di SMK Bandar Tun Razak, Cheras. Mengasaskan kumpulan New Boyz pada awal penubuhannya pada tahun 1997 ketika berusia 14 tahun, bersama Tomok (penyanyi utama), Lan (Gitar Kedua), Jay (Gitar Utama) dan Along (Drummer).
Pada tahun 2001 beliau keluar dari kumpulan tersebut dan digantikan oleh Zack.