Mimpi Cinderella
Mimpi Cinderella | |
---|---|
Genre | Cinta Drama Fantasi |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | Eina Azman Afiq Muiz Zarina Zainoordin Khairul Hazwan bin Husin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Mohd Noor |
Tempoh siaran | 38 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Slot Lestary TV3 |
Siaran asal | 25 September 2012 - 25 Disember 2012 |
Mimpi Cinderella merupakan drama fantasi romantik yang disiarkan di Slot Lestary TV3 pada tahun 2012. Ia dibintangi oleh Eina Azman, Afiq Muiz dan Zarina Zainoordin.
Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan Saleha (Eina Azman) yang seakan-akan dongeng Cinderella. Bezanya, dia seorang gadis kampung yang suka berangan-angan. Dia selalu dibuli oleh ibu dan 2 orang adik tirinya. Kehidupannya mula berubah setelah dia diterima bekerja oleh Lorna (Zarina Zainoordin). Lorna tidak berkenan dengan penampilan Saleha yang ala-ala kampung. Lokman diarahkan untuk mengubah penampilan Saleha. Setelah Saleha berubah menjadi cantik dan bergaya, akankah mimpinya untuk memiliki putera idaman akan menjadi kenyataan?
Pelakon
- Eina Azman sebagai Saleha
- Afiq Muiz sebagai Emir
- Zarina Zainoordin sebagai Lorna
- Khairul Hazwan bin Husin sebagai Haikal
- Chacha Maembong sebagai Zarita
- Sharifah Shahora sebagai Karimah
- Hiera Hassan sebagai Hiera
- Aida Khalida sebagai Puan Ashidah
- Mahmud Ali Basha sebagai Basir
- Zulin Aziz sebagai Siti