Mickey Mouse Clubhouse

Mickey Mouse Clubhouse
Fail:Mickey Mouse Clubhouse logo.svg
FormatSiri animasi
PenciptaRoberts Gannaway
PengarahRob LaDuca
Donovan Cook
Dibintangi oleh
Bret Iwan (2009-kini)
Wayne Allwine (2006-2009)
Tony Anselmo
Russi Taylor
Bill Farmer
Tress MacNeille
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Malaysia
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Walt Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asal(Inggeris)
Disney Channel's
Playhouse Disney
Disney Junior
(Malaysia)
TV2
Format gambarHD: 1080i/720p
Diterbitkan dalam formet HD 16:9, dipangkas kepada 4:3 di kebanyakan negara.
Format audioStereo
Siaran asal5 Mei 2006 (2006-05-05) – 6 November 2016 (2016-11-06)
StatusSelapas tamat, 2.0 akan ditayangan di 2025
Laman sesawang

Mickey Mouse Clubhouse ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak yang disiarkan di Disney Channel seantero dunia mulai 5 Mei 2006 di Amerika Syarikat. Rancangan ini ternaung di bawah Mickey Membawa Mereka jenama rancangan tontonan kanak-kanak prasekolah harian, Playhouse Disney. Pernah ditayangkan di Malaysia melalui saluran RTM 2.

Pada 18 Ogos 2023, sebuah kebangkitan telah didedahkan akan diterbitkan, dan dijangka dikeluarkan pada 2025.

Premis

Siri ini dibintangi oleh Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, dan Pluto, yang tertumpu pada interaksi bersama penonton untuk merangsang kemahiran menyelesaikan masalah. Pete, Clarabelle Cow, Ludwig Von Drake, Chip 'n Dale, Willie the Giant, Butch, Figaro the Kitten, Humphrey the Bear, Salty the Seal, dan Mortimer Mouse turut mempuat penampilan sebagai tetamu.

Pihak Disney menyatakan bahawa setiap episod menyaksikan watak-wataknya membantu kanak-kanak "menyelesaikan masalah yang sesuai dengan umur mereka, dengan

memanfaatkan kemahiran asas seperti mengenal pasti bentuk dan mengira sampai sepuluh." Siri ini menggunakan "kurikulum 'seluruh anak' Playhouse Disney yang merangkumi peluang pembelajaran yang kognitif, sosial dan kreatif."[1] Sebaik sahaja masalah yang dialami dalam suatu episod dijelaskan, Mickey menjemput para penonton supaya mengikutnya ke Mousekadoer, sebuah komputer gergasi berbentuk kepala Mickey yang fungsi utamanya adalah mengedarkan Mousekatools, sehimpunan aneka baranf yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah hari ini, kepada Mickey. Setelah ditunjukkan kepada Mickey di skrin Mousekadoer, alat-alat tersebut segera dimuat turun ke dalam Toodles, sebuah peranti sambungan Mousekadoer berbentuk kepala Mickey juga yang boleh terbang. Dengan memanggil "Oh Toodles!", Mickey menyeru peranti itu untuk meluru dari tempat bersoroknya ke kaca TV supaya penonton boleh memilih alat mana yang diperlukan oleh Mickey dalam keadaan semasa.[2][3] Salah satu daripada alat-alat tersebut ialah "Mystery Mouskatool", iaitu alat rahsia yang dilambangkan oleh tanda soal.

Selepas pertunjukan itu berakhir pada 2016, ia telah digantikan oleh Mickey and the Roadster Racers (kemudian dinamakan semula sebagai Mickey Mouse Mixed-Up Adventures), yang berlangsung dari 2017 hingga 2021, dan Mickey Mouse Funhouse, yang bermula pada 2021.

Watak dan pelakon suara

Watak utama

Watak Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Mickey Mouse Wayne Allwine (2006–09)
Bret Iwan (2009–)
Khir Rahman
Minnie Mouse Russi Taylor Rozita Mohamed
Donald Duck Tony Anselmo ?
Daisy Duck Tress MacNeille ?
Goofy Bill Farmer Sharizan Borhan
Pluto Bill Farmer ?

Watak sampingan

Watak Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Toodles Rob Paulsen ?
Pete Jim Cummings Zainy Sahit
Ludwig Von Drake Corey Burton Kee Thuan Chye

Spin-off

Minnie's Bow-Toons ialah siri spin-off yang ditayangkan pada November 2011.

Rujukan

  1. ^ "Disney Mickey Mouse Clubhouse CD - Product Description." Disney Store.
  2. ^ "Oh Toodles! Clubhouse Stories - Mickey Mouse Clubhouse - Playhouse Disney". Dicapai pada 2008-06-07.
  3. ^ "Playhouse Disney's Mouskatool and Handy Manny Morning". Dicapai pada 2008-06-07.

Pautan luar