Masjid Sayyidina Abu Bakar

مسجد سيدنا ابو بکرcode: ms is deprecated
Masjid Sayyidina Abu Bakar dari arah utara
Maklumat amCabang/mazhabIslam SunniDibuka pada11 November 2011StatusBeroperasiTempoh pembinaan3 tahun dan 11 hariMaklumat pentadbiranImam2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00189Maklumat geografiNegaraMalaysiaNegeriMelakaLokasiMasjid Sayyidina Abu Bakar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal
MelakaKoordinat2°18′43.1″N 102°19′06.9″E / 2.311972°N 102.318583°E / 2.311972; 102.318583Koordinat: 2°18′43.1″N 102°19′06.9″E / 2.311972°N 102.318583°E / 2.311972; 102.318583Maklumat pembinaanGaya seni binaIslam
MelayuBil. kubah1Bil. tingkat3Bil. menara1Ketinggian menara41mKapasiti jemaah4,000 orangKeluasan5,737 meter persegiBahan binaanSimenKosRM15.34114 jutaLaman sesawangTapak web Pusat islam UTeM
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Sayyidina Abu Bakar (Jawi: مسجد سيدنا ابو بکرcode: ms is deprecated ; juga dikenali sebagai Pusat Islam UTeM) merupakan sebuah masjid yang terletak di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka, Malaysia.[1] Pembinaan masjid ini bermula pada 1 Mei 2007 dan membabitkan kos RM15.341 Juta dengan keluasan tanah 4 hektar. Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 orang jemaah. Senibina Masjid ini berdasarkan senibina Melayu beratap tajug atau meru bertumpang 3 dengan menara tunggal yang menjadi ciri khas masjid-masjid di Nusantara terutama di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Sejarah

Masjid ini telah mula dibina pada 1 Mei 2007 dan siap sepenuhnya pada 12 Mei 2010.[2]

Pada 11 November 2011 pukul 11:00 pagi,[3] Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini. Seri Paduka yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh.

Baginda turut solat Jumaat bersama pemimpin negeri dan rakyat jelata. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan terutamanya dalam pembangunan sahsiah pelajar demi mengimbangi kestabilan rohani, emosi dan jasmani.[4]

Pentadbiran

Masjid Sayyidina Abu Bakar memiliki nombor pendaftaran masjid MY-04-AG-00189.[1]

Alamat

Masjid Sayyidina Abu Bakar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal
Melaka

Rujukan

  1. ^ a b "Masjid Utem". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ "Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar". Utusan Malaysia. 11 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM (2 Oktober 2016). Di Facebook [Siaran]. Dicapai pada 21 Mei 2018 daripada https://www.facebook.com/MyUTeM/photos/pb.214066449327.-2207520000.1475427065./10154530855754328/. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mei 2018.
  4. ^ Tuanku Mizan Berkenan Rasmi Masjid UTeM

Bacaan tambahan

  • Radzuan bin Nordin; Nooraini binti Sulaiman (2011). Ruziah binti Ali; Yang Chik binti Abdul Rahman (penyunting). Masjid Sayyidina Abu Bakar : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (ed. ke-2). Melaka: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka. ISBN 9789670257051. OCLC 784434633.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

  • Tapak web Pusat islam UTeM