Masjid Darul Ghufran

Peta menunjukkan lokasi Masjid Darul Ghufran di Singapura
Peta menunjukkan lokasi Masjid Darul Ghufran di Singapura

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Darul Ghufran ialah sebuah masjid yang terletak di Tampines, di bahagian Timur Singapura. Masjid ini dibuka kepada orang ramai pada 7 Disember 1990 dan dirasmikan oleh Anggota Parlimen GRC Parlimen Marine Parade, Encik Othman Harun Eusoffe pada 12 Julai 1991.

Masjid ini dibina menggunakan dana Mosque Bulding Fund (Fasa 2) dengan kos 6.2 juta dolar Singapura. Masjid ini pernah ditutup selama 2 tahun untuk proses ubah suai dan dibuka semula pada penghujung tahun 1999. Dikenali juga sebagai masjid Menara Biru di kalangan penduduk setempat, menara masjid ini berukuran 40 meter. Masjid Darul Ghufran merupakan masjid kedua terbesar di Singapura dan boleh menampung 5,500 orang jemaah.

Pautan Luar

  • Laman web rasmi Masjid Darul Ghufran