Maktab Rendah Sains MARA Mukah

Koordinat: 2°53′04″N 112°04′33″E / 2.88438°N 112.07573°E / 2.88438; 112.07573

Maktab Rendah Sains MARA Mukah
مكتب رنده ساءين س مارا موكه
Alamat
Lot 910, Blok 76, Mukah Land District
Jalan Bestari
Mukah, 96400, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Mukah
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 2010
StatusBeroperasi
PengetuaPn. Zuraida binti Zaidi
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Abdul Hamid bin Mohamad
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Harizan bin Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Affandi Anak Rumpa
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganBeyond Excellence
Nama alumniANSARA Malaysia
Laman sesawangmukah.mrsm.edu.my
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Mukah (singkatan: MRSM Mukah) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Mukah, Sarawak.


Kejayaan

Akademik

Pada tahun 2011, seramai empat orang pelajar dari kumpulan perintis memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia[1]. Mereka mendapat keputusan cemerlang menerusi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Secara keseluruhannya, MRSM Mukah mencatatkan gred purata sekolah sebanyak 2.31 serta kesemua 46 orang pelajar lulus dalam semua subjek[1].

Pada tahun 2018, seramai tiga orang pelajar tingkatan tiga memperoleh keputusan semua A dalam peperiksan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)[2]. Kesemua 122 pelajar yang menduduki peperiksaan itu memperoleh gred A dalam subjek Sejarah dan Geografi, menyumbang kepada gred purata sekolah sebanyak 1.7749[2].

Pada tahun 2022, seorang pelajar bernama Isra Hazwan Ismadi memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, manakala empat orang pelajar pula memperoleh keputusan 8A[3]. Seramai 115 orang pelajar menduduki peperiksaan SPM 2022 itu dengan catatan gred purata sekolah sebanyak 3.26[3].


Lagu rasmi

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan

  1. ^ a b Gaing Kunding (22 Mac 2012). "Four score 9As in college's first SPM". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2021. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  2. ^ a b "MRSM Mukah produces three PT3 straight A students". New Sarawak Tribune. 14 Disember 2018. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  3. ^ a b Mohamad Achil Norlatep (8 Jun 2023). "MRSM Mukah catat seorang pelajar 9A, empat 8A dalam SPM 2022". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 9 Julai 2024.


Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Program Premier
Zon utara
Zon timur
Zon barat
Zon selatan
Zon Sabah dan Sarawak
Program IGCSE
Program IB MYP
Program Ulul Albab
Program Teknikal
Program Bitara/PKP
Tutup Operasi
  • Majlis Amanah Rakyat
  • Pendidikan di Malaysia
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Ikon tunas

Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s