Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Ketua Menteri bagi memegang portfolio tertentu.
Majis ini akan bersidang setiap minggu pada hari Rabu bagi membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Selain itu, setiap ahli MMK yang dilantik turut mengemukakan permohonan-permohonan berkaitan yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Anggota dilantik
Setakat 16 Ogos 2023[kemas kini] [1][2]:
| Nama | Perwakilan | Parti | Portfolio |
KM | Tuan Chow Kon Yeow | Padang Kota | DAP | Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi |
TKM | Prof Dato Dr. Mohamad Abdul Hamid | Batu Maung | PKR | Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat |
TKM | Tuan Jagdeep Singh Deo | Datok Keramat | DAP | Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi |
1 | Dato' Rashidi Zinol | Sungai Acheh | UMNO | Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar |
2 | Tuan Zairil Khir Johari | Tanjong Bunga | DAP | Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital |
3 | Tuan Wong Hon Wai | Paya Terubong | DAP | Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif |
4 | Puan Lim Siew Khim | Sungai Pinang | DAP | Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam |
5 | Tuan H'ng Mooi Lye | Jawi | DAP | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa |
6 | Tuan Gooi Zi Sen | Padang Lalang | DAP | Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan |
7 | Tuan Sundarajoo Somu | Perai | DAP | Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar |
8 | Tuan Fahmi Zainol | Pantai Jerejak | PKR | Jawatankuasa Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi |
Anggota disebabkan jawatan
Jawatan | Nama |
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Mohd Sayuthi Bakar |
Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang | Roslinda Mohd Shafie |
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang | Zabidah Safar |
Sejarah keanggotaan majlis
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (2023-kini)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (2018-2023)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (2013-2018)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (2008-2013)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (2004-2008)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (1999-2004)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (1995-1999)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (1990-1995)
Unit MMK
Unit ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berfungsi untuk merekodkan dan memfailkan segala urusan yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Lihat juga
Pautan luar
- Laman direktori Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- ^ "Muka baru untuk exco negeri Pulau Pinang | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-16. Dicapai pada 2023-08-16.
- ^ KOSMO! (2023-08-16). "Senarai barisan Exco Pulau Pinang". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-16.