Leha, Leya Lawa

Leha, Leya Lawa ialah sebuah drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Azhar Khalid terbitan Million Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Bella Astillah, Didi Astillah, Muaz Zabir dan Ezaidi Aziz. Siri drama ini memulakan tayangan di Tonton bermula 29 April 2024.

Leha, Leya Lawa
GenreDrama
Cinta
Komedi
Ditulis olehAmaz Mazilan
PengarahAzhar Khalid (Apache)
Dibintangi oleh
  • Bella Astillah
  • Didi Astillah
  • Muaz Zabir
  • Ezaidi Aziz
Lagu pembukaanBermanja - Manja - Bella Astillah & Didi Astillah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Carissa Putri Azhar
  • Carleed Meqael Azhar
PenerbitFaizatul Hasanah Hussain
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Million Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 April 2024 – 29 Mei 2024

Sinopsis

Mengisahkan tentang Leha (Bella Astillah), seorang gadis yang berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung.

Leha mempunyai seorang adik, Leya (Didi Astillah) yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Pelakon