La Intrusa

La Intrusa (The Outsider) adalah telenovela Mexico yang dihasilkan oleh Ignacio Sada untuk Televisa pada tahun 2001. Ini adalah pembuatan semula telenovela Venezuela, Valentina, yang dihasilkan pada tahun 1975.

La intrusa
PenciptaInés Rodena
Ditulis olehCarlos Romero
PengarahBeatriz Sheridan
Dibintangi oleh
Gabriela Spanic
Arturo Peniche
Laura Zapata
Chantal Andere
Sergio Sendel
Karla Álvarez
Dominika Paleta
Guillermo García Cantú
Penggubah lagu tema
Jorge avendaño
Lagu pembukaan"Intrusa" by Emmanuel
Negara asalMexico
BahasaSpanish
Bilangan episod135[1]
Penerbitan
Penerbit eksekutifIgnacio Sada
PenyuntingAlfredo Frutos Maza
Simón Castañón
SinematografiRicardo Navarrete
Tempoh siaran41-44 minutes
Syarikat penerbitan
Televisa
Penyiaran
Saluran asalCanal de las Estrellas
Siaran asal16 April 2001 (2001-04-16) – 19 Oktober 2001 (2001-10-19)
Kronologi
MengikutiMujer bonita
Diikuti olehSalomé
Rancangan berkaitan
Valentina (1975)
Pautan luar
Laman sesawang

Gabriela Spanic (dalam dua peranan) dan Arturo Peniche membintangi watak utama, sementara Laura Zapata, Chantal Andere, Sergio Sendel dan Dominika Paleta berperan sebagai antagonis.

Plot

Rodrigo Junquera, yang hampir mati setelah lama sakit, memutuskan untuk meminta pengasuh anak bongsunya, Virginia Martínez, untuk menikah dengannya supaya dia dapat menjaga anak-anaknya ketika dia sudah tiada nanti. Virginia adalah wanita muda yang mulia yang jatuh cinta dengan anak sulung Rodrigo, Carlos Alberto. Ketika setelah kematian Rodrigo, akhirnya diketahui bahawa Virginia adalah isteri Rodrigo, pewaris utama semua kekayaan suaminya. Carlos Alberto, bersama dengan saudara-saudaranya menuduhnya sebagai wanita yang licik yang menikahi Rodrigo hanya untuk merampas harta keluarga mereka.

Penderitaan Virginia bermula apabila dia menerima penghinaan Carlos Alberto, lelaki yang masih mencintai dan dicintainya, tetapi turut menerima kelakuan kasar daripada anak-anak Rodrigo yang lain, iaitu Junior, Raquel, dan Violeta. Dengan kasih sayang Aldo dan Memo, iaitu anak-anak kecil dirumah itu menjadikan penderitaan Virginia menjadi manis dan di rumah besar menjadi lebih baik.

Sementara itu, disuatu tempat yang lain, seorang wanita muda bernama Vanessa berusaha untuk memperdaya jutawan bagi mendapatkan kekayaan mereka, dengan harapan perbuatannya itu dapat mengubah kehidupan sengsaranya yang dia lalui. Dia adalah saudara kembar Virginia, yang menjauhkan diri disebabkan dia mengganggap adiknya itu kini sedang bersenang-lenang dengan harta kekayaan suaminya sehingga melupakannya dirinya yang hidup melarat. Akibat dikejar hutang, Vanessa memutuskan untuk pergi ke Mexico bagi meminta bantuan adiknya untuk membayar hutang piutangnya itu. Namun, ketika itu juga dia bertemu Carlos Alberto, iaitu lelaki sama yang turut dicintai adiknya. Hal itu membuatkan Vanessa semakin iri hati hati terhadap Virginia lalu membencinya.

Masa terus berlalu, hubungan Virginia dengan Carlos Alberto serta adik-beradiknya kini menjadi semakin akrab dan akhirnya mereka bakal berkahwin. Namun, setelah mereka berkahwin, Virginia sering kali jatuh pengsan dan akhirnya dia telah disahkan menjadi buta, dan turut mendapati dia menghidapi penyakit barah otak yang tidak dapat diselamatkan lagi. Pada masa yang sama, doktor turut mengesahkan bahawa dia juga sedang hamil. Namun doktor mencadangkan agar dia segera mengugurkan kandungan tersebut disebabkan risiko penyakit yang dihadapinya ketika itu. Namun Virginia berkeras untuk meneruskan kandungan itu. Akhirnya Virginia selamat melahirkan anak perempuan mereka. Namun, sesudah melahirkan anak sulung mereka, Virginia akhirnya disahkan meninggal dunia.

Berita kematian adiknya dan kelahiran anak saudaranya sampai ke pengetahuan Vanessa, lalu dia memutuskan untuk pergi ke Mexico dengan niat ingin menjaga anak saudaranya serta ingin mengambil alih harta kekayaan adiknya. Namun bukannya mudah apabila sesampainya Vanessa disana, dia turut menerima kebencian dan penghinaan oleh anak-anak Rodrigo, sama seperti yang dialami oleh Virginia dahulu. Keadaan itu akhirnya membuatkan Vanessa sedar bahawa selama ini dia telah salah sangka terhadap Virginia bahawa dia menyangka yang adiknya selama ini telah melupakannya dan hidup bahagia dengan kemewahan suaminya. Namun justeru kini dia sedar akan penderitaan yang dilalui Virginia selama ini. Maka, dengan itu, Vanessa bertekad untuk membalas dendam diatas penderitaan adiknya dengan menyamar sebagai "hantu" jelmaan Virginia bagi menakut-nakutkan keluarga Carlos Alberto dirumah tersebut.

Pelakon

Watak utama

  • Gabriela Spanic sebagai Virginia Martínez Roldán de Junquera / Vanessa Martínez Roldán de Islas
  • Arturo Peniche sebagai Carlos Alberto Junquera Brito
  • Laura Zapata sebagai Maximiliana Limantour Bracho de Roldán
  • Chantal Andere sebagai Raquel Junquera Brito
  • Sergio Sendel sebagai Danilo Roldán Limantour
  • Karla Álvarez sebagai Violeta Junquera Brito
  • Dominika Paleta sebagai Anabella Roldán Limantour
  • Guillermo García Cantú sebagai Rodrigo "Junior" Junquera Brito / Rodrigo Rivadeneyra Vargas

Watak sokongan

  • Silvia Manríquez sebagai Elena Roldán de Martínez
  • José María Torre sebagai Aldo Junquera Brito
  • Sherlyn sebagai Maricruz Roldán Limantour
  • Marlene Favela sebagai Guadalupe "Lupita" Rojas
  • Claudio Báez sebagai Alirio de Jesús Roldán
  • Jan sebagai Johnny
  • Yessica Salazar sebagai Tania Rivadeneyra Elias
  • Esther Rinaldi sebagai Edith
  • Jorge De Silva sebagai Raymundo
  • Sharis Cid sebagai Aracely Menchaca
  • Mónica Dossetti sebagai Lic. Silvana Palacios
  • Marco Uriel sebagai Santiago Islas
  • Alejandro Ruiz sebagai Juvencio Menchaca
  • Diana Golden sebagai Zayda Jimenez
  • Silvia Derbez sebagai Sagrario Vargas (# 1)
  • Bárbara Gil sebagai Sagrario Vargas (# 2)
  • Enrique Lizalde sebagai Rodrigo Junquera / Hilario Santos (# 1)
  • Carlos Cámara sebagai Rodrigo Junquera / Hilario Santos (# 2)
  • Roberto "Puck" Miranda sebagai Arnulfo Castillo
  • Uberto Bondoni sebagai Humberto Nava
  • Claudio Rojo sebagai Joaquín Velarde
  • Milagros Rueda sebagai Diosa
  • Julio Monterde sebagai Dr. José "Pepe" Cartaya
  • Sergio Villicana sebagai Guillermo "Memo" Junquera Brito
  • Sara Montes sebagai Balbina
  • Eduardo Liñán sebagai Inspektor Torres
  • Carlos Torres sebagai Padre Chema

Penampilan khas

  • Patricia Reyes Spíndola sebagai Renata de Velarde
  • Silvia Caos sebagai Evelia
  • Queta Lavat sebagai Rosalía Bracho Vda. de Limantour
  • Irma Lozano sebagai Laura Elías de Rivadeneyra
  • Gustavo Rojo sebagai Víctor Rivadeneyra
  • Juan Pablo Gamboa sebagai Esteban Fernández
  • Viktor Noriega sebagai Dr. Eduardo Del Bosque Iturbide
  • Martha Roth sebagai Norma Iturbide vda. de Del Bosque
  • Lorenzo de Rodas sebagai Dr. Adrian Colmenares

Rujukan

  1. ^ "Capitulos anteriores". Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2012. Dicapai pada August 6, 2016.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)