Khazan Che Mat
Yang Berhormat Tuan Haji Khazan Che Mat ADUN | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 24 September 2023 | |
Yang di-Pertua | Mohd Nor Hamzah |
Kawasan pilihan raya | Seberang Takir |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Seberang Takir | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Razif Abdul Rahman |
Majoriti | 2,797 (PRU-15) |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Batu Rakit | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Chik |
Digantikan oleh | Bazlan Abd Rahman |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Timbalan | Muhammad Ramli Nuh |
Menteri Besar | Ahmad Said |
Portfolio | Agama dan Penerangan |
Digantikan oleh |
|
Kawasan pilihan raya | Batu Rakit |
Butiran peribadi | |
Lahir | Khazan bin Che Mat (1969-01-09) 9 Januari 1969 (umur 55) Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Terengganu, Malaysia |
Alma mater | Universiti Jordan |
Yang Berhormat Tuan Haji Khazan Che Mat ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 24 September 2023[1]. Beliau merupakan ADUN Terengganu bagi DUN Seberang Takir sejak 2023. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi DUN Batu Rakit selama dua penggal pada 2004 hingga 2008 dan 2008 hingga 2013. Semasa menjadi ADUN Batu Rakit, beliau pernah dilantik mengganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Agama dan Penerangan pada 2008 hingga 2013.
Latar belakang
Khazan telah melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam sarjana muda Bahasa Arab/Syariah. Beliau memulakan kerjayanya pada 1995 sebagai Penolong Pengarah Pendidikan di Yayasan Islam Terengganu sehingga 2004[2].
Keputusan pilihan raya
Tahun | DUN | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Batu Rakit | Khazan Che Mat | BN (UMNO) | 5,266 | Abu Bakar Chik | PAS | 3,576 | 1,690 |
2008 | Batu Rakit | Khazan Che Mat | BN (UMNO) | 5,590 | Shamsudin Abd.Wahab | PAS | 4,104 | 1,486 |
2023 | Seberang Takir | Khazan Che Mat | PN (Bersatu) | 12,156 | Ahmad Razif Abd Rahman | BN (UMNO) | 9,359 | 2,797 |