Kara-kara

Kara-kara
Lenggai kara-kara
di pekarangan rumah warga
Jatibarang, Jawa, Indonesia
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Angiospermae
(tanpa pangkat):
Eudikotiledon
Order:
Fabales
Keluarga:
Fabaceae
Genus:
Lablab

Adans. (1763)
Spesies:
L. purpureus
Nama binomial
Lablab purpureus
(L.) Sweet (1826)
Sinonim[2][3]
  • Lablavia D.Don (1834)
  • Dolichos lablab[1]:288 L.
  • Dolichos purpureus L. (1763)
  • Lablab niger Medikus
  • Lablab lablab (L.) Lyons
  • Lablab vulgaris (L.) Savi
  • Vigna aristata Piper

Kara-kara, kekara, kara, kacang sepat, kacang bidukkacang bado atau kacang komak (nama botani: Lablab purpureus)[4] adalah sejenis kacang dan anggota tunggal genus Lablab[5] dalam keluarga Fabaceae.[2] Ia tumbuh asli di kawasan-kawasan tropika Asia dan disebarkan ke China, Jepun, Mesir dan Sudan.[6] Tanaman ini dikembangkan sebagai penghasil bahan makanan bijiran dan sayuran; namun demikian, ia juga baik sebagai bahan makanan ternakan dan baja. Ia juga ditanam sebagai pencegah hakisan tanah dan menghias taman-taman.

Peristilahan

Tumbuhan ini memiliki banyak nama setempat lain antaranya:[4]

  • kacang jěriji, kacang pěda, roay katopès (bahasa Sunda);
  • kårå, kekårå, kårå andhong, kårå usěng, kårå wědhus (bahasa Jawa);
  • komak (bahasa Madura);
  • ndoto, loto, roto (Rote).

Botani

Pelat botani menurut Blanco

Tumbuhan tahunan ini membelit; merumpun rendah atau memanjat hingga 6 m tingginya; akarnya dalam. Dedaunnya lebat majmuk beranak daun tiga, dengan anak daun bundar telur melebar, 5—15 sm x 4–15 sm, bertepi rata, hampir gundul atau berambut halus; duduk daun berseling.[7]

Jambak bunganya tandan yang kaku di ketiak, panjang tangkainya 4–23 sm dan panjang rakis 2–24 cm, dengan banyak buku berisi 1-5 kuntum bunga. Bunga dengan mahkota putih, jambon, merah, atau ungu; bertangkai pendek yang bersegi-empat dan berbulu jarang; benang sari 10 helai dalam dua tukal. Buah lenggainya bervariasi bentuk dan warnanya; pipih atau menggembung; 5–20 cm x 1–5 sm; lurus atau melengkung; biasanya dengan 3-6 biji bundar telur yang beraneka dalam ukuran dan warna.[7]

Asal usul dan kegunaan

Karangan bunga
Biji kekera muda, diolah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 209 kJ (50 kcal)
Karbohidrat 9.2 g
Lemak 0.27 g
Protein 2.95 g
Tiamina (vit. B1) 0.056 mg (5%)
Riboflavin (vit. B2) 0.088 mg (7%)
Niasin (vit. B3) 0.48 mg (3%)
Folat (vit. B9) 47 μg (12%)
Vitamin C 5.1 mg (6%)
Kalsium 41 mg (4%)
Besi 0.76 mg (6%)
Magnesium 42 mg (12%)
Mangan 0.21 mg (10%)
Fosforus 49 mg (7%)
Kalium 262 mg (6%)
Zink 0.38 mg (4%)
Link to USDA Database entry
Dikukus, dimasak tanpa garam, ditiriskan
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Asal usul kacang ini diperkirakan dari India, Asia Tenggara, atau Afrika. Tanaman ini mula ditanam dan dikembangkan terutama di India, Asia Tenggara, Mesir, dan Sudan.[7]

Di pelbagai wilayah kepulauan Indonesia, polong yang muda digemari sebagai sayuran[4] dimasak rebus seperti kacang buncis, dicampurkan ke dalam kari,[7] atau –di wilayah Jawa Timur– dimasak sebagai sayur asam. Biji yang muda, begitu pun daun-daun yang muda, pucuk, dan karangan bunganya, kerap direbus dan dilalap.[7] Bijinya yang tua dan kering dimanfaatkan serupa kacang[7] yang mana dapat diproses menjadi tempe,[8] diolah menjadi tepung kaya protein (PRF, Protein Rich Flour),[9] atau bahkan dikembangkan lebih lanjut sebagai bahan daging tiruan.[10]

Pada musim kering yang panjang ketika rumput sukar tumbuh, kekara sering dibudidayakan sebagai sumber makanan ternakan.[4] Hijauan ini tidak dilahap serta-merta tetapi kadangkala memerlukab tempoh pembiasaan hingga beberapa hari sebelum ternak mahu memakannya. Komak juga perlu dicampur dengan hijauan lain, seperti dedaunan atau kacang-kacangan lain, agar ternak tidak mengalami kembung. Pemberian komak dapat meningkatkan dengan segera isi badan lembu dan isipadu susu yang dapat dihasilkan.[11]

Polongan muda kacang kekera

Akar pokok kacang kekera berbintilan merumahkan bakteria Rhizobium yang simbiotik mengikat nitrogen; meskipun hal ini tidak selalu mudah terjadi dengan galur-galur Rhizobium lokal. Di samping itu, pokok kekera memperkaya kandungan nitrogen tanah melalui dekomposisi daun-daun dan rantingnya yang berguguran.[11]

Bila tanah kebun dipersiapkan dengan baik, kekera dapat tumbuh dengan cepat menutup tanah terbuka. Pokok yang tumbuh mantap mampu menghadapi persaingan dengan aneka gulma di kebun.[11] Kultivar kekera tertentu menghasilkan bunga dan polong yang berwarna indah, sehingga acap dijadikan tanaman hias.

Kultivar

Kekara sejak lama diketahui memiliki banyak kultivar Rumphius pada 1690-an telah menyebutkan adanya dua bentuk yang disebutnya sebagai Cacara (=kekara) perennis dan Cacara alba atau Cacara puty (=kekara putih)[12] Kini bentuk-bentuk itu umumnya digolongkan ke dalam tiga kelompok kultivar:[7]

  • Kelompok kv. Lablab (tersebar luas)
  • Kelompok kv. Ensiformis (Asia Tenggara, Afrika Timur)
  • Kelompok kv. Bengalensis (Asia Selatan, Afrika Timur)

Galeri

  • Biji-biji
    Biji-biji
  • Bunga dan buah kacang kara
    Bunga dan buah kacang kara
  • Bunga
    Bunga
  • Polongan yang berwarna lembayung
    Polongan yang berwarna lembayung

Rujukan

  1. ^ Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  2. ^ a b "Lablab purpureus (L.) Sweet". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 9 Jun 2024.
  3. ^ "Lablab purpureus". Multilingual taxonomic information. Universiti Melbourne. Dicapai pada 9 Jun 2024.
  4. ^ a b c d Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 2 (ed. 1916). Bogor: Badan Penelitian dan Pengembangan Kehutanan. m/s. 1067–68.
  5. ^ "Lablab purpureus, general information". Lablab Lab. Universiti Sains Pertanian Bengaluru, India. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020.
  6. ^ Allen, O. N.; Allen, Ethel Kullmann (1981). The Leguminosae: A Source Book of Characteristics, Uses, and Nodulation. Madison, Wisconsin, USA: University of Wisconsin Press. m/s. 370. ISBN 9780299084004.
  7. ^ a b c d e f g Shivashankar, G.; Kulkarni, R.S. (1989). L.J.G. van der Maesen; S. Somaatmadja (penyunting). Plant Resources of South-East Asia. 1: Pulses. Bogor, Indonesia: PROSEA (Plant Resources of South-East Asia) Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Apr 2021. Dicapai pada 3 Sep 2013 – melalui Proseabase.
  8. ^ Harnani, S. 2009. Studi Karakteristik Fisikokimia Dan Kapasitas Antioksidan Tepung Tempe Kacang Komak (Lablab Purpureus (L.) Sweet)
  9. ^ Nafi, A., T. Susanto, A. Subagio. 2006. Development of Protein Rich Flour (PRF) from Hyacinth Bean (Lablab purpureus (L) Sweet) and Lima bean (Phaseolus lunatus) Diarkibkan 2015-06-10 di Wayback Machine. Jurnal Teknologi Dan Industri Pangan, Vol 17, No 3.
  10. ^ Bisnis OL: AGROBISNIS: Daging Tiruan Dari Kecambah Kacang Komak[pautan mati kekal]. Rabu, 31 Julai 2013
  11. ^ a b c FAO: Lablab purpureus (L.) Sweet Diarkibkan 2005-01-30 di Wayback Machine
  12. ^ Rumpf, G.E. 1741-50. Herbarium Amboinense:plurimas conplectens arbores, frutices, herbas, plantas terrestres ... Pars 5: 378, 380, Tab. 136. Amstelaedami: Apud Fransicum Changuion, Hermannum Uytwerf.

Pautan luar

  • Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
  • (Inggeris) ILDIS: Lablab purpureus (L.) Sweet
  • (Inggeris) Plant List: Lablab purpureus (L.) Sweet
  • (Inggeris) PROTA: Lablab purpureus (L.) Sweet[pautan mati kekal]
  • (Inggeris) Prota4u: Lablab purpureus (L.) Sweet Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Tropical Forages: Lablab purpureus
  • (Inggeris) Pastures Australia: Lablab Diarkibkan 2013-10-16 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Poisonous Plants of North Carolina: Dolichos lablab (Lablab purpureus) Diarkibkan 2007-04-10 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Dave's Garden: PlantFiles: Hyacinth Bean, Lablab purpureus (foto2)
  • ANTARA News: Kacang komak bisa gantikan kedelai. Selasa, 31 Julai 2012.
  • Tempo.co: Peneliti Kembangkan Tempe dari Kacang Koro[pautan mati kekal]. Sabtu, 11 Agustus 2012
  • Tribunnews.com: Tempe Kacang Komak Turunkan Kolesterol. Rabu, 1 Agustus 2012
  • BioEnergi: Kacang komak pengganti kedelai. 25 Julai 2012.
Pengenalpastian takson
Lablab purpureus
  • Wd: Q1077410
  • APDB: 146737
  • Calflora: 9353
  • EoL: 644742
  • EPPO: DOLLA
  • FloraBase: 4046
  • FNA: 242327956
  • FoC: 242327956
  • GBIF: 2952236
  • GRIN: 104887
  • iNaturalist: 146816
  • IPNI: 501411-1
  • IRMNG: 10165627
  • ITIS: 503300
  • NCBI: 35936
  • NZOR: 1d8b2d1d-3a76-44c1-bb7b-4b582937f224
  • PfaF: purpureus Lablab purpureus
  • Plant List: ild-2773
  • PLANTS: LAPU6
  • POWO: urn:lsid:ipni.org:names:501411-1
  • Tropicos: 13021444
  • VASCAN: 5742
Dolichos purpureus
  • Wd: Q39152023
  • APDB: 62949
  • GBIF: 2952237
  • GRIN: 311421
  • IPNI: 493193-1
  • IRMNG: 11216830
  • POWO: urn:lsid:ipni.org:names:493193-1
  • Tropicos: 13018925