Kapal selam Kelas Ohio
USS Michigan | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Ohio |
Pembina: | General Dynamics Electric Boat[1] |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat[1] |
Sebelumnya: | Kelas Benjamin Franklin |
Jumlah disiapkan: | 18 |
Jumlah aktif: | 18 |
Kapal selam Kelas Ohio adalah sebuah kelas kapal selam peluru berpandu balistik berkuasa nuklear yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Kelas Ohio telah dinamakan sempena nama USS Ohio yang mana merupakan kapal selam pertama di dalam kelas ini. Sebanyak 18 buah kapal selam kelas ini telah dibina dengan peranan utamanya adalah untuk membawa peluru berpandu Trident II dan peluru berpandu krus Tomahawk. Kelas Ohio membawa kira-kira 50% daripada jumlah inventori peluru berpandu strategik milik A.S.
Kelas Ohio juga merupakan kapal selam terbesar yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, dan kedua terbesar di dunia iaitu selepas kelas Typhoon dari segi sesaran dan saiz (kapal selam Kelas Borei milik Rusia memiliki sesaran yang lebih tinggi semasa menyelam, tetapi tidak semasa timbul).
Kesemua kapal selam dalam kelas Ohio (kecuali USS Henry M. Jackson) telah dinamakan mengikut nama bandar-bandar di A.S.
Kapal di dalam kelas
Kapal selam peluru berpandu
- USS Ohio (SSGN-726)
- USS Michigan (SSGN-727)
- USS Florida (SSGN-728)
- USS Georgia (SSGN-729)
Kapal selam peluru berpandu balistik
- USS Henry M. Jackson (SSBN-730)
- USS Alabama (SSBN-731)
- USS Alaska (SSBN-732)
- USS Nevada (SSBN-733)
- USS Tennessee (SSBN-734)
- USS Pennsylvania (SSBN-735)
- USS West Virginia (SSBN-736)
- USS Kentucky (SSBN-737)
- USS Maryland (SSBN-738)
- USS Nebraska (SSBN-739)
- USS Rhode Island (SSBN-740)
- USS Maine (SSBN-741)
- USS Wyoming (SSBN-742)
- USS Louisiana (SSBN-743)
Lihat juga
- Yankee Notch - perubahan pada kapal selam Soviet pada tahun 1983 bagi memuatkan 40 buah peluru berpandu seperti Tomahawk
- Peluru berpandu balistik antara benua
- Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam
- Peperangan nuklear
- Strategi nuklear
Rujukan
- ^ a b FAS Information
- The Hunt for Red October, by Tom Clancy (1984)
- Submarines, War Beneath The Waves, From 1776 To The Present Day, by Robert Hutchinson
Pautan luar
- FAS page on the SSBN 726 class
- FAS page on the SSGN 726 class