Kakuro

Teka-teki Kakuro yang mudah

Kakuro ialah sejenis permainan teka-teki logik yang sering dipandang sebagai transliterasi matematik bagi teka silang kata. Teka-teki kakuro juga dikenali dengan nama asalnya Cross Sums dan nama-nama lain seperti Cross Addition; namun, nama Jepun Kakuro, iaitu singkatan bagi kasan kurosu, (加算クロスcode: ja is deprecated , "silang tambah") kelihatan makin diterima umum dan maka itulah teka-teki ini dinamakan sedemikian dalam kebanyakan hasil penerbitan. Kakuro amat popular di Jepun, dan hanya mengekori Sudoku di kalangan teka-teki logik oleh syarikat Nikoli.[1]

Permainan dan istilah asas

Teka-teki Kakuro asasnya dimainkan dalam sebuah grid petak-petak berisi dan kosong, iaitu masing-masing "hitam" dan "putih" — biasanya bersaiz 16×16, namun terdapat pelbagai dimensi berbeza. Selain barisan tertinggi dan ruangan yang paling di kiri yang semuanya hitam, grid ini, sepertilah teka silang kata, dibahagikan kepada "entri" — barisan ortogon petak-petak putih — oleh petak-petak hitam. Petak-petak hitam yang berfungsi sebagai pembayang dipotong satu jalur pepenjuru dari atas kiri hingga bawah kanan dibubuh nombor dalam satu atau kedua-dua belah jalur, agar setiap entri melintang bersamaan dengan nombor dalam separuh petak hitam di kiri terdekat dan setiap entri menegak bersamaan dengan nombor dalam separuh petak hitam di atas terdekatnya. Nombor-nombor dalam petak hitam inilah yang berperanan sebagai pembayang seperti dalam teka silang kata.

Tujuan teka-teki ini adalah untuk memasukkan satu digit dari 1 hingga 9 ke dalam satu petak putih agar jumlah angka-angka dalam setiap entri bersamaan dengan bayangan yang dikaitkan dengannya dan bahawa mana-mana satu digit tidak dipakai lebih sekali dalam mana-mana entri. Peraturan ketiadaan penggandaan inilah yang membolehkan perekaan teka-teki Kakuro dengan penyelesaian yang unik, dan ini bermakna penyelesaian teka-teki Kakuro melibatkan lebih penyelidikan kombinasi, berbanding Sudoku yang fokusnya adalah kepada pilih atur.

Pautan luar

  • Tutorial di Nikoli (Macromedia Flash diperlukan)
  • Play Kakuro Play Kakuro Online
  • Cross Sums Number Combination Guide Diarkibkan 2008-03-15 di Wayback Machine: Panduan yang menjelaskan pelbagai kombinasi angka yang boleh dipakai untuk bilangan ruang kosong yang tertentu.
  • Complexity and Completeness of Finding Another Solution and its Application to Puzzles Diarkibkan 2006-07-16 di Wayback Machine: Rujukan matematik yang membuktikan kelengkapan NP.
  • Automatic Kakuro solver Diarkibkan 2007-11-17 di Wayback Machine: Aplikasi atas talian untuk penyelesaian Kakuro automatik.
  • Will's Kakuro Masterclass: Pengenalan kepada Kakuro
  • The New Grid on the Block: Pengenalan kepada Kakuro oleh akhbar The Guardian
  • Table of combinations for use in Kakuro
  • Kakuro Solver Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine: A kakuro solver written in Prolog.