Jasmin Mohamed

Dato' Haji Jasmin Mohamed ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Dua selama empat penggal (1995-2013).

Dato' Haji

Jasmin Mohamed
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Sungai Dua
Dalam jawatan
1995–2013
Didahului oleh Mohammed Yusof Abdul Latib @ Latiff
Digantikan oleh Muhamad Yusoff Mohd Noor
Majoriti535 (PRU-12)
2,552 (PRU-11)
742 (PRU-10)
4,271 (PRU-9)
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Jasmin Mohamed menang dengan majoriti 742 undi di kawasan DUN N05 Sungai Dua , parlimen Tasek Gelugor, negeri Pulau Pinang.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 ,pengundi Melayu di Sungai Dua seramai 85.1% Cina: 13% dan India: 1.6% . Jasmin Mohamed mendapat 7,183 undi dan menewaskan Soid Mohd. Amin (PAS) 4,631. Jasmin mendapat majoriti 2,552 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Datuk Jasmin Mohamed (BN) mendapat 6,421 undi, menewaskan Mohd. Salleh Man (PAS) yang mendapat 5,886 undi. Jasmin menang dengan majoriti 535 undi.[1]

Keluar dewan

Pada 28 Julai 2010, seramai lapan Adun pembangkang keluar dewan iaitu ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Datuk Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya), Datuk Jahara Hamid (Teluk Air Tawar), Datuk Jasmin Mohamed (Sungai Dua), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Aceh), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan) dan Zabariah Wahab (Bertam).Sementara Muhammad Farid Saad (Pulau Betong) dan Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) tidak hadir. Pemulauan terhadap Timbalan Speaker, Tan Hock Leong bermula ketika Azhar Ibrahim (Penaga) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Sidang DUN Ke-12. [2]


Rujukan

  • Lim Mohon Maaf Beri Jawapan Salah Isu Elaun Mohamad Sabu, Bernama
  1. ^ Sungai Dua[pautan mati kekal]
  2. ^ Azhar dihalau keluar sidang DUN