Ijoy Azhari

Ijoy Azhari
Kelahiran
Zulkifli bin Azahari

(1974-08-15) 15 Ogos 1974 (umur 50)
Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1997–kini
PasanganSharifah Shahirah (k. 2003)
Anak-anak4
Ibu bapaMaria Arshad (ibu)

Zulkifli bin Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari (lahir 15 Ogos 1974) merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau adalah anak kepada pelakon Maria Arshad, Juga suami kepada pelawak Sharifah Shahirah.

Kehidupan peribadi

Ijoy dan Shiera mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003. Drama Mat Despatch yang pernah popular suatu ketika dulu menjadi saksi percintaan mereka terjalin.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016). Shiera juga mempunyai seorang lagi anak, Allisya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Filemografi

Filem

  • Jogho (1999)
  • Haru Biru (2007)
  • J Revolusi (2017)

Drama

  • Mat Despatch (1998-2002)
  • Mengejar Pelangi (2003)
  • Alamak Amy! (2008)
  • Lily Marlin (2009)
  • Ladang Pak Awang (2009)
  • Juanna (2008)
  • KL Menjerit The Series (2008)
  • Cinta Seorang Isteri (2011)
  • My Coffee Prince (2017)
  • Puteri Yang Ditukar (2019)

Telefilem

  • Selagi Ada Waktu (2009)
  • Kalut (2013)

Rujukan

Pautan luar

  • Ijoy Azhari di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)