Hujan-hujan

Hujan-hujan
Pokok hujan-hujan di Guanacaste, Costa Rica.
Status pemuliharaan

Terlindung  (NatureServe)
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Angiosperma
(tanpa pangkat):
Trakeofit
(tanpa pangkat):
Eudikotiledon
(tanpa pangkat):
Rosids
Order:
Fabales
Keluarga:
Fabaceae
Genus:
Samanea
Spesies:
S. saman
Nama binomial
Samanea saman
(Jacq.) Merr.[1]
Sinonim[1]
Senarai
    • Acacia propinqua A.Rich.
    • Albizia saman (Jacq.) F.Muell.
    • Albizzia saman (Jacq.) Merr.
    • Calliandra saman (Jacq.) Griseb.
    • Enterolobium saman (Jacq.) Prain[2][3]
    • Feuilleea saman (Jacq.) Kuntze
    • Inga cinerea Willd.
    • Inga salutaris Kunth
    • Inga saman (Jacq.) Willd.
    • Mimosa pubifera Poir.
    • Mimosa saman Jacq.
    • Pithecellobium cinereum Benth.
    • Pithecellobium saman (Jacq.) Benth.
    • Pithecolobium saman (Jacq.) Benth. [Spelling variant]
    • Samanea saman (Jacq.) Merr.
    • Zygia saman (Jacq.) A.Lyons

Hujan-hujan, kayu trembesi, munggur, pukul lima atau sulbin (nama botani: Samanea saman)[3][4] ialah sejenis pokok dalam genus Samanea keluarga Fabaceae.[1] Ia tumbuh asli di utara Amerika Selatan dan disebarkan luas ke kawasan-kawasan tropika.[5]

Penamaan

Nama hujan-hujan dan pukul lima diberikan kerana daun-daun pokoknya kuncup pada waktu senja atau apabila hujan turun.[4] Nama pukul lima dipakai di Singapura dan Malaysia kerana matahari terbenam satu setengah jam selepas pukul lima petang di dua-dua tempat sebelum waktu piawai diubah pada 1 Januari 1982.[6]

Botani

Pokok

Pojok hujan-hujan tumbuh tinggi sehingga 15–25 meter dengan garis pusat batang 30 meter.[5] Dahan-dahannya mempunyai permukaan berbulu halus.[7]

Daun-daunnya kuncup pada waktu malam supaya air embun dan hujan menembusi silara pokok de dalam tanah.[8]

Bunga dan buah

Bunga-bunganya muncul pada musim kering selepas banyak daun pokok gugur. Satu jambak bunganya mempunyai 12 hingga 25 kuntum berwarna putih, merah jambu atau lembayung dengan ukuran 4 sentimeter panjang; kuntum-kuntum ini mengeluarkan bau agak harum.[5][4]

  • Bunga
    Bunga
  • Daun, buah matang, biji dan bunga
    Daun, buah matang, biji dan bunga
  • Putik buah
    Putik buah

Buahnya jenis lenggai yang melengkung dengan ukuran 15-20 sm dan berkulit kasar. Isinya melekit dan manis. Biji benihnya leper dan berkilat.[7][9]

Kegunaan

Buahnya yang manis dapat dijadikan makanan binatang. Pokoknya sebagai pokok teduhan serta sebagai tadahan hujan.

Penyerap CO2

Menurut penyelidikan yang dilakukan di Sekolah Perhutanan Institusi Pertanian Bogor, Indonesia, pokok hujan-hujan yang matang dengan garis rentas rimbun daun 15 meter mampu menyerap 28.5 tan CO2 setahun. Pokok ini telah ditanam di bandar Kudus dan Demak dan akan juga ditanam sepanjang bahu jalan dari Semarang ke Losari.[10] Pokok biasa cuma menyerap 48 lb (22 kg) karbon dioksida setahun.[11]

Nota kaki

  1. ^ a b c "Samanea saman (Jacq.) Merr". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  2. ^ "Enterolobium saman". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b Adnan Mohamad (2003). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 111. ISBN 983-2181-51-8.
  4. ^ a b c Ahmad Azaruddin Mohd Noor (4 Jun 2013). "Samanea saman: Pokok-pokok hujan-hujan berbentuk payung". Warna-Warni FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  5. ^ a b c Staples, George W.; Elevitch, Craig R. (2006). "Samanea saman (rain tree)". Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Traditional Trees of Pacific Islands: Their Culture, Environment, and Use. Holualoa, Hawaii, Amerika Syarikat: Permanent Agricultural Resources. m/s. 662–664. ISBN 978-0-9702544-5-0.
  6. ^ "Rain Tree". Gardens, Parks & Nature. Lembaga Taman Negara Singapura. 24 Jun 2021. Dicapai pada 3 Mac 2023.
  7. ^ a b Arditti, Joseph; Mak Chin On (1999). "The Golden Rain Tree". Maryland Nursery. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2013.
  8. ^ Whitmore, Timothy Charles (1991). Hutan hujan tropika di Timur Jauh. Kepong Baru, Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 37. ISBN 983-62-1977-3.
  9. ^ Allen, O. N.; Allen, Ethel K. (1981). The Leguminosae, a source book of characteristics, uses, and nodulation. Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat: University of Wisconsin Press. m/s. 590. ISBN 978-0-299-08400-4.
  10. ^ Save the earth by planting Trembesi The Jakarta Post. 18 Mei 2011.
  11. ^ Tree Benefits Page Colorado Tree Coalition

Rujukan

  • Arditti, Joseph & On, Mak Chin (2004): The Golden Rain Tree. Version of 2004-MAY-01. Retrieved 2008-MAR-31.
  • International Legume Database & Information Service (ILDIS) (2005): Albizia saman. Version 10.01, November 2005. Retrieved 2008-MAR-30.
  • von Humboldt, Alexander & Bonpland, Aimé (1815): Reise in die Aequinoctial-Gegenden des neuen Continents (Part 3). J.G. Cotta, Stuttgart and Tübingen. Image/PDF fulltext at Google Books

Pautan luar

  • http://www.ntbg.org/plants/plant_details.php?plantid=10174
  • http://www.tropilab.com/raintree.html
  • Hawaiian Ecosystems at Risk Project page for Samanea saman
  • Reference for Telugu word Nidra Ganneru Diarkibkan 2009-08-15 di Wayback Machine