Hari Peringatan Holokus Antarabangsa
Hari Peringatan Holokus Antarabangsa هاري ڤرايڠتن هولوکوس انتارابڠسا | |
---|---|
Upacara peringatan di Sweden | |
Significance | Memperingati mangsa-mangsa Holokus yang telah terbunuh |
Date | 27 Januari |
Frequency | Tahunan |
Hari Peringatan Holokus Antarabangsa merupakan hari peringatan antarabangsa pada 27 Januari bagi memperingati mangsa-mangsa Holokus, di mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu mengakibatkan kematian kira-kira 6 juta orang Yahudi, 2 juta orang Gipsi, 250 ribu orang kurang upaya fizikal dan mental serta 9,000 lelaki homoseksual, yang dilakukan oleh rejim Nazi dan pihak yang bersekongkol dengannya. Ia ditetapkan oleh resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 60/7 pada 1 November 2007 ketika sesi plenari ke-42.[1] Resolusi itu dibuat selepas satu sesi khas yang diadakan pada awal tahun itu iaitu pada 24 Januari 2005 oleh Perhimpunan Agung PBB, yang menandakan ulang tahun ke-60 pembebasan kem-kem tahanan Nazi dan berakhirnya Holokus.[2]
Tema
Tahun | Tema |
---|---|
2016 | "Holokus dan Martabat Manusia" |
2015 | "Kebebasan, Kehidupan dan Legasi Mangsa Holokus yang Terselamat" |
2014 | "Perjalanan melalui Holokus" |
2013 | "Penyelamatan ketika Holokus: Keberanian untuk Keprihatinan" |
2012 | "Kanak-kanak dan Holokus" |
2011 | "Wanita dan Holokus: Keberanian dan Kasih Sayang" |
2010 | "Memperingati Holokus: Legasi yang Masih Terselamat" |
2009 | "Satu Asas yang Sahih: Memperingati Holokus dan Pendidikan" |
2008 | Peringatan 2008 |
2007 | Peringatan 2007 |
2006 | Peringatan 2006 |
Rujukan
Pautan luar
- Laman Hari Peringatan Holokus Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Hari Peringatan Holokus Antarabangsa di laman sesawang Muzium Peringatan Holokus Amerika Syarikat