Gema Gegar Vaganza
Gema Gegar Vaganza | |
---|---|
Genre | Realiti |
Pengacara | Siti Nordiana (musim 1-2) Fikry Ibrahim (musim 1-2) Achey Bocey (musim 1) Fakhrul UNIC (musim 2) |
Juri | Farihin Abdul Fatah (musim 1-2) Oki Setiana Dewi (musim 1-2) |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 2 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 2 jam 30 minit |
Syarikat penerbitan | ASTRO |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Oasis Astro Maya HD |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 8 April 2017 – 12 Mei 2018 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Pencetus Ummah Gegar Vaganza |
Gema Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan realiti muzik berunsurkan kerohanian terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.[1] Rancangan ini telah bersiaran sebanyak dua musim bermula 8 April 2017 hingga 12 Mei 2018 dan disiarkan pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di rancangan Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Astro mengumumkan bahawa Gema Gegar Vaganza tidak disambung untuk musim ketiga.
Gambaran Keseluruhan
Gema Gegar Vaganza ialah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini dan memastikan ia menepati syariat dengan memantau kandungan rancangan supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak serta dapat menarik penonton baharu.[2][3]
Juara Gema Gegar Vaganza
Tahun | Musim | Bintang GGV |
---|---|---|
2017 | 1 | UNIC |
2018 | 2 | Fitri Haris |
Ringkasan Musim
Musim 1 (2017)
Musim 2 (2018)
Lihat Juga
Rujukan
- ^ "Gema Gegar Vaganza, program realiti TV terbaru di Astro". Utusan Borneo. 1 April 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 April 2017). "Astro jamin Gema Gegar Vaganza patuh landasan Islam". mStar Online. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Mac 2017). "Gema Gegar Vaganza dipantau tepai syariat". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2017.
Pautan Luar
- Tapak web rasmi