Fatimah Hamat

Datuk [1]Fatimah Hamat (-2019) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2008-2011). Di peringkat parti beliau ialah mantan Ketua Wanita UMNO Terengganu dan mantan Ketua Wanita UMNO Hulu Terengganu.

Datuk

Fatimah Hamat
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
23 Disember 2008 – 22 Disember 2011
Butiran peribadi
Meninggal dunia27 Mac 2019
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2001, beliau telah berucap, menggesa agar Wanita UMNO pimpinan Datuk Seri Rafidah Aziz segera bersatu agar dapat menumbangkan kerajaan PAS yang menguasai kerajaan negeri Terengganu sejak Pilihan raya umum Malaysia 1999. Akhirnya Barisan Nasional menguasai semula Terengganu dalam Pilihan raya 2004.

Pada 21 Disember 2011, perkhidmatan beliau sebagai Senator di Dewan Negara tamat. Turut tamat perkhidmatan ialah Datuk Armani Mahiruddin dan Dr M Malasingam (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012. [2]. Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) pada pukul 12.20 tengah hari tadi dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Rujukan

  1. ^ KTS mula operasi Oktober depan
  2. ^ Firdaus Abdullah bantu kendali sidang Dewan Negara[pautan mati kekal]