Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Fakulti Perubatan Universiti Malaya diwujudkan untuk membentuk pelatih-pelatih perubatan yang profesional dengan sifat berkaliber, profesionalisme serta berkemampuan mengharungi cabaran. Mula diwujudkan sejak tahun 1965 bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Kemudian seterusnya jurusan-jurusan lain dimasukkan seperti Bioperubatan dan Kejururawatan.

Pelajar-pelajar akan dididik dengan perubatan moden semasa untuk memantapkan minda pelajar perubatan dalam mengharungi cabaran perubatan terkini.

Fakulti Perubatan Universiti Malaya
Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
Fakulti Perubatan
JenisAwam
Ditubuhkan pada28 September 1905 (King Edward VII College of Medicine), September 1962 (Faculty of Medicine, University of Malaya)[1][2]
Institusi induk
Universiti Malaya
DekanProfessor Dato' Dr. Yang Faridah Abdul Aziz
Lokasi
Kuala Lumpur
,
Malaysia

3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639Koordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639
Laman sesawangmedicine.um.edu.my

Jabatan-jabatan

Fakulti ini terdiri 24 jabatan yang merangkumi pelbagai ilmiah yang berkaitan dengan perubatan.

  • Jabatan Sains Kejururawatan
  • Jabatan Perubatan Pemulihan
  • Jabatan Anestologi
  • Jabatan Anatomi
  • Jabatan Pengimejan Bioperubatan
  • Jabatan Onkologi Perubatan
  • Jabatan Kesihatan, Penyelidikan dan Unit Perkembangan
  • Jabatan Perubatan Fisiologi
  • Jabatan Mikrobiologi
  • Jabatan Obsterik dan Ginekologi
  • Jabatan Oftalmologi
  • Jabatan Pembedahan Ortopedik
  • Jabatan Otorhinolaringologi
  • Jabatan Pediatrik
  • Jabatan Parasitologi
  • Jabatan Patologi
  • Jabatan Farmakolgi
  • Jabatan Farmasi
  • Jabatan Fisologi
  • Jabatan Penjagaan Terapi
  • Jabatan Sosial dan Terapi Pencegahan
  • Jabatan Perubatan Sukan
  • Jabatan Pembedahan

Pusat Perubatan Univerisiti Malaya

Fakulti ini juga berintegrasi dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya Hospital Universiti) untuk dijadikan tempat praktikal bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Malaya dan juga luar. Tujuan praktikal diberikan adalah untuk melatih pelajar-pelajar ini dalam menghadapi situasi yang sebenar.

Akademik

Bidang akademik yang ditawarkan terbahagi 2 peringkat iaitu:

  • Peringkat Diploma:
    • Kejururawatan
    • Teknologi Makmal Perubatan
    • Pengimejan Perubatan
  • Peringkat Ijazah Muda :
    • Pembedahan Dan Perubatan
    • Bioperubatan
    • Kejururawatan
  • Peringkat Pasca-Ijazah dlm bidang perubatan/farmasi/bioperubatan/kejururawatan
  1. ^ "Our History". www.um.edu.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
  2. ^ "University of Malaya – The oldest university in Malaysia". Malaysia Central. 6 June 2008. Dicapai pada 25 September 2017.