Disney Channel Amerika Latin
Slogan | Disney Channel. Como tú, contigo (Bersama anda) (Slogan kini) Nos Gusta Jugar (Kita suka bermain) (Slogan laman web sahaja) |
---|
Disney Channel Amerika Latin merupakan sebuah saluran televisyen kabel dan tambahan Disney Channel milik The Walt Disney Company siaran bagi Amerika Latin dan Caribbean. Ia disiarkan dalam lima suapan, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Pasifik dan Brazil. Ia dipasarkan kebanyakannya kepada kanak-kanak; walau bagaimana, pada tahun kini kepelbagaian penonton telah meningkat dengan penonton lebih tua. Disney Channel Amerika Latin dijalanlan oleh Disney & ESPN Media Networks Latin America dan The Walt Disney Company Latin America Inc., yang dimiliki oleh The Walt Disney Company (NYSE: DIS). Ia mula disiarkan pada 2001 sebagai sebuah saluran premium dan ia menjadi sebuah saluran kabel asas pada 2004.
Chris Ross, presiden Disney Channel Seluruh Dunia telah menyatakan bahawa saluran ini mungkin akan dilancarkan di Digital Terrestrial Television suatu hari nanti.[2]
Tarikh pelancaran
Disney Channel Amerika Latin dilancarkan dengan Disney Weekend istimewa, yang berlalu dari 27 Julai 2000 hingga 5 April 2001.
- 27 Julai 2000. Dilancarkan suapan Utara dan Tengah.
- 24 Januari 2004. Dilancarkan suapan Selatan.
- 1 Oktober 2008. Dilancarkan suapan Pasifik.
Suapan
Disney Channel Amerika Latin dibahagikan kepada lima suapan untuk siaran berlainan, setiap satu berjadual dan hos berlainan.
- Disney Channel Mexico tersedia di Mexico.
- Disney Channel Brazil tersedia di Brazil.
- Disney Channel Amerika Latin Tengah: Disiarkan di Amerika Tengah, Colombia, Venezuela, dan Caribbean Sepanyol.
- Disney Channel Amerika Latin Pasifik: Disiarkan di Chile, Bolivia, Ecuador dan Peru.
- Disney Channel Amerika Latin Selatan: Disiarkan di Argentina, Paraguay, dan Uruguay.
Lihat juga
- Disney Channel Brazil
- Disney Channel
- Disney Channel (antarabangsa)
- Jetix Amerika Latin
Rujukan
Pautan luar
- Disney Channel Latinoamérica Diarkibkan 2008-07-17 di Wayback Machine
- http://www.disney.com.br/disneychannel/ Diarkibkan 2009-09-25 di Wayback Machine
- YouTube Rasmi Disney Channel Amerika Latin
- YouTube Rasmi Disney Channel Brazil