Detektif Takagi

Wataru Takagi
Watak Detektif Conan
Kemunculan pertama

Episod 21, Musim 1
Dicipta oleh

Gosho Aoyama
Disuarakan oleh

Wataru Takagi
Profil
Nama panggilanTakagi-keiji, Takagi-kun
JantinaLelaki

Wataru Takagi (高木 渉 Takagi Wataru?), yang dikenali sebagai Harry Wilder dalam versi FUNimation Dub, merupakan salah satu watak dalam siri anime Detektif Conan. Beliau berusia sekitar 26 tahun dan merupakan seorang pegawai polis berpangkat sarjan dalam Bahagian 1 (Seksyen Pembunuhan) di Jabatan Polis Metropolitan Tokyo. Kemunculan pertamanya ialah dalam episod ke-21 Detektif Conan musim yang pertama iaitu On Location, TV Drama Murder Case.

Dalam versi bahasa Inggeris, aktor suaranya ialah Doug Burks.

Latar belakang

Wataru Takagi telah menyertai Bahagian Pembunuhan, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo kira-kira setahun sebelum kemunculan Shinichi Kudo sebagai detektif sekolah tinggi. Dia mendapat tunjuk ajar daripada seorang agen senior bernama Wataru Date, yang telah terbunuh kira-kira setahun sebelum siri Detektif Conan bermula. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Date menyerahkan sebuah buku nota kepada Takagi, yang di dalamnya tersembunyi sebentuk cincin untuk kekasihnya, Natalie Kuruma. Takagi menyimpan buku nota tersebut sebagai motivasi untuk dirinya sendiri agar menjadi sebagus Date.

Setahun kemudian dia menyedari Natalie adalah kekasih Date, tetapi sudah terlambat untuk menyerahkan cincin tersebut kerana Natalie telah membunuh diri tidak lama selepas kematian Date.

Sebagai anggota polis

Merupakan seorang yang pemalu dan merendah diri. Walaupun begitu, Takagi adalah anggota Pasukan Polis Tokyo yang sangat berdedikasi dan boleh diharap sebagai pegawai yang baik sepanjang siri berlangsung. Beliau adalah salah seorang dari beberapa orang pegawai yang yakin dengan pertimbangan Conan, mendengar pendapat Conan di tempat kejadian untuk mencari bukti penting dan kadang-kala membiarkan Conan menerajui siasatan.

Takagi mempunyai gerak hati dan rasa kebenaran yang kuat , dan sangat berhati mulia. Beliau mempunyai dorongan yang kuat untuk melindungi orang lain, sebahagiannya berdasarkan dalam profesionnya sebagai seorang pegawai, dan sebahagiannya berdasarkan sifat rela berkorban dalam keperibadiannya. Dia sentiasa sangat bersopan walaupun dalam keadaan cemas, dan memberikan peluang membuat keputusan kepada pasangan tugasnya Miwako Sato, bukan sahaja kerana Sato adalah seniornya tetapi kerana dia benar-benar menghormatinya.

Hobi Takagi ialah bermain maracas dan mengikuti perkembangan sukan gusti antarabangsa. Dia merupakan peminat ahli gusti seperti Brody dan Keiji Mutoh, dan mengiktiraf satu langkah yang Ran lakukan sebagai "Shining Wizard," langkah penamat Mutoh. Ringkasnya, hobi beliau melibatkan banyak seni mempertahankan diri dan sukan.

Perhubungan dengan Miwako Sato

Semenjak menyertai pasukan polis, Takagi sepertimana ramai anggota polis yang lain di jabatannya memang menyimpan perasaan terhadap Miwako Sato, penolong inspektor polis yang kerap dipasangkan bertugas dengannya. Walaupun Sato juga seakan menyukai Takagi, namun Takagi mudah berasa hilang keyakinan apabila melihat cara Sato berurusan dengan para pegawai lelaki mereka, termasuklah Inspektor Megure (sebenarnya Sato hanya menganggap Inspektor Megure sebagai ayah kerana Sato telah kehilangan ayahnya yang juga seorang anggota polis sewaktu dia masih kecil).

Sepanjang siri berlangsung, terdapat beberapa kes yang menyebabkan Takagi hampir kehilangan nyawanya mahupun situasi yang memaksa dia berkorban demi melindungi Sato. Ditambah pula dengan 'gangguan' daripada pegawai-pegawai lelaki terutama Inspektor Shiratori, perhubungan mereka semakin rapat dan akhirnya Sato telah mencium Takagi sewaktu dia terlantar di hospital setelah Takagi hampir terbunuh dalam satu insiden melibatkan bom.

  • l
  • b
  • s
Detektif Conan oleh Gosho Aoyama
Anime dan manga • Watak • Episod • Manga • Permainan Trading Card • Filem • OVA • Muzik • Kudo Shinichi he no Chosenjo
Watak
Manga
Jilid 1-10 • 11-20 • 21-30 • 41-50 • 51-60 • 61-70 • 71-80 • 81-kini
Episod
Episod 1  • Musim (1 • 2 • 3 • 4 • 5 • 6 • 7 • 8 • 9 • 10 • 11 • 12 • 13 • 14 • 15 • 16 • 17 • 18 • 19 • 20 • 21 • 22 • 23 • 24 • 25 • Istimewa • Lupin III vs Detektif Conan
Filem
The Time-Bombed Skyscraper • The Fourteenth Target • The Last Wizard of the Century • Captured in Her Eyes • Countdown to Heaven • The Phantom of Baker Street • Crossroad in the Ancient Capital • Magician of the Silver Sky • Strategy Above the Depths • The Private Eyes' Requiem • Jolly Roger in the Deep Azure • Full Score of Fear • The Raven Chaser • The Lost Ship in the Sky  • Quarter of Silence  • The Eleventh Striker  • Private Eye in the Distant Sea  • Filem istimewa : Lupin III vs Detective Conan The Movie  • Dimensional Sniper  • Sunflowers of Inferno  • The Darkest Nightmare  • Crimson Love Letter  • Zero the Enforcer  • The Fist of Blue Sapphire • The Scarlet Bullet  • The Bride of Halloween  • Black Iron Submarine  • The Million-dollar Pentagram
Berkaitan
Magic Kaito • Episod